topbella

Friday, December 31, 2010

PPISMP SEM 3 - PENGAJIAN ISLAM ( AKHLAK )

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keredhaan-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya ini. Sesungguhnya tugasan ini memberikan makna yang amat besar kepada saya sebagai bakal pendidik.
           
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Siti Juariah binti Tarmuji, pensyarah pembimbing mata pelajaran Pengajian Islam dan rakan-rakan saya yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang banyak kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda semua kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang perjumpaan yang kita adakan selama ini.
           
Seterusnya, saya ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ayah dan bonda tercinta serta ahli keluarga yang tersayang kerana tidak putus-putus memberikan sokongan dan galakan serta kata-kata perangsang kepada saya ketika menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya sokongan daripada anda semua adalah pembakar semangat kepada diri saya untuk lebih berusaha gigih bagi menyiapkan tugasan ini dengan lebih baik.
           
            Akhirulkalam, saya ingin memohon beribu kemaafan seandainya terdapat sebarang kecatatan atau kelemahan dan kekurangan pada tugasan yang saya buat ini. Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu kepada saya pada masa akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu juga datangnya daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Sekian sahaja ucapan saya buat masa ini.

1.0  PENDAHULUAN

1.1 MENCURI
Mencuri bererti mengambil barang milik orang lain. Dapat dikatakan bahawa hampir semua anak yang bermasalah mempunyai masalah perilaku ini. Contohnya, di rumah asuhan anak nakal, peratusan anak-anak yang suka mencuri sangat tinggi.

1.2 PENCURI
Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu sebagaimana dengan firman Allah:

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"
(Surah Al-Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas"
(Riwayat al-Bukhari Muslim)



2.0 CIRI-CIRI PERBUATAN MENCURI

Setiap jenayah mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antara ciri-ciri perbuatan mencuri ialah:
1)    Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2)    Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3)    Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

3.0 JENIS-JENIS MENCURI

Pencurian boleh dibahagikan kepada sepuluh jenis iaitu:



1.    Terancang
      Pencurian ini dilakukan dengan terancang rapi sehingga tidak mudah diketahui.


2.    Tidak terancang                                                                                     
Pencurian dilakukan tanpa perancangan yang teliti.


3.    Sampingan 
       Perilaku pencurian dilakukan secara tiba-tiba dan bila-bila masa sahaja.


4.    Kebiasaan
Mencuri sudah menjadi kebiasaannya dan juga berulang-ulang dilakukan.


5.    Memilih
Hanya mencuri barang-barang tertentu yang dipilihnya.

6.    Asal Mengambil                                                                                    
Mencuri semua barang, tidak kira sama ada barang-barang yang dicuri itu berharga ataupun tidak.


7.    Individu
Pencurian dilakukan secara tersembunyi dan sendirian, tanpa diketahui orang lain.


8.    Kumpulan
Mencuri secara berkelompok dan umumnya dilakukan dalam kelompok atau geng anak-anak nakal.


9.    Mencopet
Hampir sama dengan jenis asal mengambil (no.6), cuma dilakukan dengan lebih terancang dan teliti.


10. Merompak
Pencurian yang dilakukan dengan memecah masuk ke rumah orang lain, dengan penipuan dan melakukan kejahatan.


4.0  HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang syarak.  Islam telah menyusun hukuman yang setimpal untuk umatnya yang melakukan kesalahan bagi mencegah dan manusia daripada melakukan kesalahan dalam kehidupan mereka. Bagi kes mencuri pula, Islam telah menggariskan hukuman berikut kepada pencuri yang melakukan kesalahan iaitu:

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya.
3) Mencuri kali ketiga dan seterusnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.



4.1 SYARAT UNTUK MENGHUKUM PENCURI

Islam adalah agama yang tidak akan menghukum sesuatu benda tanpa syarat dan sebab yang munasabah. Bagi masalah mencuri, Islam telah menggariskan beberapa syarat yang perlu diikuti bagi menghukum orang yang mencuri. Antaranya ialah pencuri tersebut mestilah sudah baligh, berakal dan melakukan pencurian itu dengan kehendaknya. Ini kerana orang yang masih belum baligh dan tidak berakal tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atas mereka kerana mereka masih belum boleh memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk untuk mereka.

Syarat kedua ialah barang yang dicuri itu mestilah bernilai 1/4 dinar dan ke atas. Sekiranya barang tersebut tidak mencapai nilai ¼ dinar, maka si pencuri itu tidak perlu dihukum hudud atas kesalahan mencurinya itu. Ini bersandarkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a, Nabi bersabda:
Tangan harus dipotong karena mencuri ¼ dinar atau lebih
 (redaksi Al Bukhari dalam Al Hudud no.6789)
 “Tangan pencuri tidak dipotong melainkan karena mencuri ¼ dinar atau lebih.”
(Redaksi Muslim dalam Al Hudud no.1684/2,)
Nabi bersabda:
 “Potonglah kerana mencuri 1/4  dinar, dan jangan potong kerana mencuri kurang dari itu.”

 (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6791)

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan kepada kita mengenai jumlah kecurian yang akan dikenakan hukuman hudu. Oleh itu, sekiranya hasil pencurian itu tidak mencapai 1/4  dinar, maka pencuri tersebut tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Kenapa 1/4 dinar? Kerana Rasulullah pernah memberikan sedekah kepada seorang fakir miskin, untuk makannya dan keluarganya. Ertinya peruntukan sebanyak 1/4 dinar adalah peruntukan yang cukup untuk memberi makan satu keluarga.

Jadi sudah jelas bahawa Islam itu tidak kejam. Maka jangan percaya jika ada berita tentang pelaksanaan hukum potong tangan terhadap anak kecil yang mencuri sepotong roti, kerana dapat dipastikan bahawa anak tersebut belum baligh dan sepotong roti tidaklah sampai dengan 1/4 dinar, apalagi jika tangannya bukan dipotong, tetapi dilindas mobil, maka sudah pasti ini bukanlah hukum Islam yang berasal dari Allah SWT dan dipraktikkan oleh Rasulullah SAW, meskipun orang yang melakukannya adalah orang muslim.

Syarat ketiga pula ialah, barang yang dicuri itu bukanlah kepunyaan si pencuri itu sendiri dan tidak ada jalan yang menyatakan bahawa ia berhak atas barang-barang itu. Oleh itu, orang yang mencuri harta bapanya, atau salah seorang suami isteri saling mencuri, orang miskin mencuri dari baitul mal tidak dipotong tangannya. Apabila telah nyata ia mencuri dengan ada saksi atau mengaku sendiri, selain tangannya wajib dipotong, ia pun wajib mengembalikan harta yang dicurinya.

Antara dalil-dalil yang lain mengenai hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas pencuri ialah:
Dari Ibnu Umar r.a berkata:
Beliau (Rasulullah) memotong tangan pencuri karena mencuri perisai (baju besi) seharga 3 dirham
(Al Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)
Dari Rafi’ bin Khudaij menuturkan:
 “Aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak ada hukum potong kerana mengambil buah-buahan, begitu pula tandan kurma.”
(HR. Ahlus Sunan, Abu Dawud dalam Al Hudud no.4388, dan At Tirmidzi dalam Al Hudud 1449).
Dari Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari datuknya, ia menuturkan:
 Aku mendengar dari Muzainah bertanya pada Rasulullah. Katanya:
 “Wahai Rasulullah, aku datang kepadamu untuk bertanya tentang unta yang tersesat.”
Baginda menjawab:
 “Unta itu membawa sepatunya dan membawa tempat minumnya, ia memakan dedaunan dan meminum air. Biarkanlah ia (jangan diambil) sampai orang yang mencarinya mendapatkannya.”
Ia bertanya:
“Bagaimana dengan kambing-kambing yang tersesat?
Baginda menjawab:
Untukmu, untuk saudaramu, atau untuk serigala. Kumpulkan kambing-kambing itu sehingga orang yang mencarinya datang.”
Ia bertanya:
Lalu bagaimana dengan haiwan yang diambil dari tempat gembalaannya?”
Baginda menjawab:
“Ia harus membayarnya dua kali lipat dan dihukum cambuk. Sedangkan apa yang diambil dari tempat derum unta, maka ia harus dipotong. Apabila yang diambil mencapai harga perisai (1/4 dinar).”
Ia bertanya:
“ Wahai Rasulullah, bagaimana hukum buah-buahan dan apa yang diambil dari tangkainya?”

Baginda menjawab:
“Barangsiapa yang mengambil darinya dengan mulutnya dan tidak mengantonginya, maka tidak ada hukuman atasnya. Dan barangsiapa yang membawanya, maka ia harus membayarnya dua kali dan dihukum cambuk. Apa yang diambil dari penjemurannya (tempat pengeringan biji kurma dan gandum), maka ia dipotong apabila yang diambil mencapai harga perisai. Bila tidak mencapai harga perisai, maka ia membayar denda dua kali lipat dan beberapa kali cambukan.”
(HR. Ahlus Sunan, tetapi ini redaksi An-Nasa’I, Abu dawud dalam Al Hudud no.4390; dan an-Nasa’i dalam Qath’ as-Sariq no. 4959.)

Melalui hadis-hadis di atas, dapatlah kita katakan bahawa landasan hukum yang pasti ialah hukum yang bersumber dari Al-Qur'an dan Al-Hadith yang dalam pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada ibadah kita kepada Allah SWT. Hukumnya juga lengkap, seperti yang digambarkan diatas, dari segi bagaimana kondisi barang yang dicuri, berapa kadar nilainya, dari segi pemilikannya, hingga kepada keadaan si pencuri itu sendiri. Ini menunjukkan adanya kepastian dalam hukum yang akhirnya membuat masyarakat sedar akan kebaikan hukum tersebut.

Hukum tersebut merupakan langkah pencegahan yang berkesan kerana cukup dengan membaca hukuman mencuri saja, kita akan enggan dan tidak akan pernah lagi berani untuk berniat mencuri, kecuali sekiranya kita ingin kehilangan sebahagian anggota badan kita. Salah satu tujuan diterapkannya sekatan bagi pelaku kejahatan adalah agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya lagi. Hukum hudud juga mengikuti perkembangan zaman. Rasa keadilan itu sebetulnya tidak bergantung pada zamannya, tetapi pada hawa nafsu manusianya. Maka hukum yang adil seharusnya terlepas dari hawa nafsu manusia, dan applicable pada setiap zaman.

Hukum-hukum yang telah ditetapkan al-Quran juga sememangnya meliputi seluruh aspek kehidupan dan mengikuti perkembangan semasa seperti kondisi ekonomi sesuatu bangsa atau negara dari semasa ke semasa tentunya mengalami masa pasang surut, makanya tolak ukurnya menggunakan emas, bukan mata wang tertentu, kerana harga emas di dunia pasti stabil. Bayangkan perekonomian sedang tidak stabil kerana kegawatan ekonomi, contohnya pada saat itu harga emas tentunya akan sangat tinggi, maka jumlah barang yang dicuri yang akan dikenakan hukuman potong tangan tentu tinggi sesuai dengan meningkatnya harga barang keperluan utama. Begitu pula sebaliknya.

Hukum Islam berlaku bagi semua muslim, baik laki-laki, wanita,golongan  tua mahupun golongan muda, rakyat jelata, pejabat, bahkan seorang khalifah juga turut dikenakan hukuman yang sama sekiranya dia melakukan kesalahan. Seorang wanita di zaman Rasulullah S.A.W sesudah pembukaan kota Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar penuturan Usamah, wajah Rasulullah langsung berubah. Beliau lalu bersabda :

"Apakah kamu akan minta pertolongan (mensyafa'ati) untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?" Usamah lalu menjawab, "Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah."


Pada keesokan harinya Nabi Saw berkhutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya :

"Amma ba'du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tanpa hukuman), tetapi jika yang mencuri seorang awam (lemah) maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Apabila Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya." Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu.                                        (HR. Bukhari)


Dari sini terlihat jelas adanya persamaan di depan hukum tanpa memandang status dan kedudukan. Maka, tidak akan ada lagi orang yang mencuri ayam untuk makan anak dan isterinya, atau ibu mencuri susu bayi demi anaknya, mati dihakimi oleh masa. 

Setelah kita memahami hukum mencuri diatas, membaca dalil-dalil naqlinya, kita akan dapati bahawa hukuman yang telah ditetapkan dalam Islam tidaklah bersifat kejam atau zalim sebaliknya ianya lebih bersifat adil dan efektif.

Dalil naqli yang mewajibkan qisas adalah surah Al-Baqarah ayat 178:
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNä3øn=tæ ÞÉ$|ÁÉ)ø9$# Îû n=÷Fs)ø9$# ( çtø:$# Ìhçtø:$$Î/ ßö6yèø9$#ur Ïö7yèø9$$Î/ 4Ós\RW{$#ur 4Ós\RW{$$Î/ 4 ô`yJsù uÅ"ãã ¼ã&s! ô`ÏB ÏmŠÅzr& ÖäóÓx« 7í$t6Ïo?$$sù Å$rã÷èyJø9$$Î/ íä!#yŠr&ur Ïmøs9Î) 9`»|¡ômÎ*Î/ 3 y7Ï9ºsŒ ×#ÏÿøƒrB `ÏiB öNä3În/§ ×pyJômuur 3 Ç`yJsù 3ytGôã$# y÷èt/ y7Ï9ºsŒ ¼ã&s#sù ë>#xtã ÒOŠÏ9r& ÇÊÐÑÈ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, Maka baginya siksa yang sangat pedih.

Dan sekiranya kita perhatikan dengan teliti, Rasulullah tidak menetapkan hukum Jenayah kecuali setelah baginda berhijrah ke Madinah dan mengadakan perjanjian dalam Piagam Madinah yang merupakan permulaan perkembangan Daulah Islamiyah.
Dalam Daulah Islamiyah :
  • Keperluan yang penting disediakan oleh negara.
  • Pendidikan percuma, bahkan menjadi wajib sehingga setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi ahli sesuatu majlis ilmu.
  • Kesihatan percuma
  • Lapangan kerja wajib disediakan oleh negara, warga wajib untuk kerja sesuai bidang keahliannya.
  • Bila pendapatan tidak cukup atau tidak dapat bekerja kerana sakit dan tidak sembuh, maka ahli waris wajib memberi nafkah kepadanya.
  • Bila ahli warisnya tidak memberikan nafkah kepadanya, maka negara berhak dan berkewajiban memaksa mereka, bahkan memberinya hukuman
  • Bila ahli warisnya tidak mampu, negara wajib menjamin keperluan utamanya
  • Andai perbendaharaan negara masih lagi kosong, maka negara mengerahkan kemampuan kaum muslim untuk membantunya
  • Dalam Islam pajak tidak ada secara kekal, yang ada hanyalah zakat, itu pun untuk yang telah mencapai nisab
  • Bila sedang musim kekurangan makanan, pencuri tidak dipotong tangan.

Andai saja dalam kedudukan syariat Islam ditegakkan seperti ini, namun masih ada individu yang tetap juga mencuri lebih dari ¼ dinar (1 dinar=4,25 gram emas), maka mencuri dalam realiti sedemikian memang dianggap "keterlaluan".


4.2 HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar'iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

i)             Orang yang berakal
ii)             Orang yang baligh
iii)            Dengan kemahuan sendiri


Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: -

"Allah tidak akan menyeksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)"

(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri juga tidak akan dikenakan hukuman hudud sebagaimana hujah Hadith Rasulullah saw yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan".

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq'i dan Lain daripada keduanya)

Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam kecemasan yang dikehendaki oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud:
"Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang".

(Al-Ashbah dan An - Nazha'ir)

Dalam perkara mencuri kerana diugut dengan kekerasan dan mencuri kerana terlalu lapar , mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kearifan dan kebijaksanaannya.


4.3  PENCURI YANG TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Islam juga sangat adil dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Tidak semua pencuri akan dikenakan hukuman hudud dalam Islam kerana Islam telah menggariskan beberapa syarat dan situasi bagi keadaan pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah.

Antara situasi tersebut ialah, pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

Selain itu, orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan juga tidak boleh dikenakan hukuman sariqah kerana ianya juga merupakan kesalahan yang tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan yang wajib dikenakan hukuman takzir.

Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan, termasuk juga penyeluk saku serta melakukan pencurian di medan peperangan juga tidak akan dikenakan hukuman sariqah. Seterusnya, orang yang mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga juga merupakan kesalahan mencuri yang tidak dikenakan hukuman hudud kerana perlakuan tersebut dilakukan kerana darurat dan bukan dengan sengaja.

4.4  SABIT KESALAHAN MENCURI

Islam juga telah menetapkan langkah yang terbaik untuk mensabitkan kesalahan seseorang yang mencuri. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut iaitu:

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil.
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim. Untuk memastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lain. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.


4.5  PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARI HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).
11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.



4.6  Hukum mencuri/mengambil harta orang kafir

Hukumnya, patut dikenakan had. Ayat hudud secara jelas menyatakan orang yang mencuri mesti dipotong tangan tidak kira sama ada dia mencuri harta sesiapa sahaja kecuali dalam hal-hal tertentu seperti dalam peperangan.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa yang berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi(kafir zimmi), atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka akulah(Muhammad) pembelanya nanti di hari qiamat."
(Hadith riwayat Abu Dawud)

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa hukum mencuri harta orang kafir juga adalah berdosa besar dan akan mendapat balasan di akhirat kelak.


5.0  PUNCA MASALAH

Sebab dasar dari sifat mencuri adalah kerana kejatuhan manusia ke dalam dosa sehingga mengakibatkan manusia sejak kecil lagi cenderung melakukan dosa. Dari fakta ini boleh dijumpai beberapa punca yang mempengaruhi seseorang itu untuk mencuri.

Antara punca tersebut ialah adanya keinginan untuk memiliki dalam diri seseorang. Kerana keinginan untuk memiliki begitu kuat, maka seseorang itu akan sanggup melakukan melakukan apa sahaja termasuk mencuri tanpa memikirkan apa akibat yang akan dihadapinya sekiranya ditangkap. Keinginan ini boleh timbul kerana sikap manusia yang lalai dan tidak mampu menguasai diri dan nafsu mereka. Ini biasa berlaku apabila seseorang itu dimanjakan semenjak kecil lagi. Orang yang terlalu dimanjakan  sejak kecil akan lebih kerap mencuri sekiranya orang tuanya tidak tegas dalam mendidik anak-anaknya. Biasanya anak yang dimanjakan akan selalu dilindungi oleh orang tuanya daripada sebarang cemuhan orang lain walaupun pada hakikatnya anaknya itu memang benar-benar bersalah. Contihnya, si ibu tahu bahawa anaknya telah mencuri barang di kedai, lalu dia membayar secara diam-diam kepada penjual tersebut dan meminta penjual tersebut tidak menyebarkan tingkah laku buruk anaknya itu kepada orang lain demi melindungi nama baik anaknya. Dengan demikian anak tersebut akan semakin terjerumus ke dalam kebiasaan yang buruk. Antara sebab yang lain ialah kerana anak tersebut lahir dari keluarga yang miskin atau berpendapatan rendah. Kemiskinan tersebut telah merisaukan dirinya kerana apa yang menjadi keperluannya tidak boleh dipenuhi. Jadi, untuk memenuhi keperluannya itu, dia mungkin akan mencuri kerana baginya tidak ada cara lain lagi yang boleh dia lakukan untuk mendapatkan keperluan tersebut selain dengan mencuri.

Punca kedua pula ialah kerana seseorang itu tidak ada pendidikan agama dan moral dalam keluarga. Sesungguhnya dalam sesebuah keluarga itu harus ada pendidikan agama dan moral yang betul kerana ianya sangat penting dalam proses pembentukan keluarga hasanah. Sekalipun pada hal-hal yang kecil, tetapi sekiranya disertai dengan ketamakan akan merangsang anak untuk mencuri, baik untuk mencuri bunga, buah, alat-alat atau barang-barang milik orang lain. Tidak adanya pendidikan moral dalam keluarga akan menjadikan anak-anak mempunyai kebiasaan mancuri dalam kehidupan mereka kerana kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan mereka..

Punca yang seterusnya ialah kerana ingin menarik perhatian. Ada anak yang mencuri kerana ingin menarik perhatian orang tua atau gurunya. Apabila dia tidak boleh mendapatkan perhatian dengan cara yang sebenar, maka dia melakukannya dengan cara mencuri untuk mendapatkan perhatian itu. Usaha menarik perhatian itu adalah adalah satu tujuan yang baik tapi sekiranya iusaha tersebut dilakukan dengan jalan yang negatif,ianya juga akan membawa kesan yang negatif, bahkan mungkin dia akan dimarahi atau dihukum, tetapi baginya keadaan itu lebih baik daripada tidak diperhatikan. Tindakan mencuri ini lebih agresif kerana unsur kekurangan moral ketimbangan masalah kejiwaan.

Punca yang keempat pula ialah kerana mengharapkan untuk diterima. Kadangkala terdapat individu yang mempunyai perasaan rendah diri, tetapi sangat berharap agar dirinya dapat diterima. Mungkin dia tiada bakat yang menonjol atau paras muka yang sempurna yang boleh dijadikan alasan untuk diterima. Oleh sebab itu, supaya dapat diterima sebagai kawan, dia sanggup mencuri wang daripada orang lain dan dengan wang hasil daripada pencuriannya itu, dia mengundang teman-temannya untuk makan dan memegahkan diri di hadapan teman-temannya bagi menarik perhatian kawan-kawannya itu untuk menerimanya sebagai sahabat.

Punca lain yang menyebabkan seseorang itu mencuri ialah kerana dirinya terperangkap oleh jiwa yang memberontak. Contohnya, seseorang itu berasa tidak puas hati selepas ditegur dan dihukum oleh orang tua atau guru, lalu mencuri sebagai simbol untuk melawan dan memberontak. Ada juga anak yang mencuri kerana merasa ayah dan ibunya lebih mencintai saudara yang lain menarik perhatian kedua orang tuanya agar memberikan tumpuan serta kasih sayang yang lebih terhadapnya.

Punca seterusnya ialah kerana seseorang itu Ingin menonjolkan semangat persahabatan. Kerana ingin menonjolkan semangat persahabatan yang tinggi, seorang itu mudah terpengaruh dengan tabiat buruk kawan-kawannya dan sanggup melakukan pencurian bersama-sama sahabatnya dalam satu kumpulan bagi ingin membuktikan tanda persahabatan mereka. Dalam kumpulan itu, mereka merasakan adanya suasana kebersamaan dan juga timbulnya rasa kebanggaan terhadap kepahlawanan seseorang sehingga mencuri dianggap sebagai langkah untuk menikmati kebahagiaan.

Punca lain yang mendorong seseorang itu untuk mencuri kerana perbuatan tersebut adalah merupakan satu gejala penyakit. Mencuri merupakan salah satu gejala penyakit yang merbahaya kepada setiap individu. Ini mungkin terjadi kerana konflik dalam jiwanya sehingga mengalami tekanan hidup yang berbelah bagi dan perilakunya berbeza dengan kebiasaannya.


6.0 KESAN MENCURI

Setiap perbuatan buruk atau sikap mazmumah pasti akan mendatangkan kesan yang buruk kepada individu, keluarga, masyarakat serta negara. Allah telah menjanjikan azab kepada manusia yang melakukan kemungkaran seperti mencuri di atas muka bumi di dalam al-Quran sebagaimana firmannya:

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"
(Surah Al-Maidah ayat 38)

Mencuri merupakan salah satu perbuatan yang buruk serta termasuk dalam golongan perbuatan mazmumah yang dilarang dalam Islam. Seseorang pencuri itu akan menerima pelbagai implikasi atau kesan yang buruk di atas perbuatannya itu dan secara tidak langsung juga akan memberi kesan sampingan kepada keluarga, masyarakat dan negaranya.

Antara kesan mencuri kepada individu ialah, seseorang itu akan mendapat dosa besar serta kemurkaan daripada Allah dan akan dimasukkan ke dalam api neraka di akhirat kelak disebabkan perbuatannya itu. Mengikut undang-undang hudud yang disyariatkan dalam ajaran Islam, pencuri juga akan dikenakan hukuman potong tangan sekiranya dia mencuri lebih daripada 1/4 dirham. Individu tersebut juga akan dipandang hina oleh orang lain. Dia juga akan turut kehilangan kepercayaan orang lain terhadapnya. Kesan lain bagi individu tersebut ialah, hubungan silaturrahimnya dengan orang lain akan putus dan dia akan hidup dalam keadaan tidak tenteram kerana jiwanya tidak tenang disebabkan dibayangi dosa mencuri yang telah dilakukan.


Seterusnya, perbuatan mencuri juga akan turut memberikan kesan kepada keluarga si pencuri tersebut. Antara kesan yang dihadapi oleh keluarga pencuri itu ialah, keluarganya akan dipulaukan oleh jiran tetangga dan masyarakat. Keluarga tersebut juga akan dibenci serta disisih oleh masyarakat dan akan hidup dalam keadaan yang tidak tenang disebabkan oleh dosa perbuatan mencuri yang dilakukan oleh pencuri tersebut. Masyarakat juga akan hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut disebabkan oleh salah seorang daripada ahli keluarganya yang melakukan jenayah curi seperti kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Masyarakat juga akan memutuskan hubungan silaturrahim dengan keluarga tersebut kerana bimbang akan mendatangkan mudarat kepada mereka.

Bagi masyarakat pula, mereka akan mendapat kesan buruk seperti sentiasa hidup dalam ketakutan kerana bimbang harta mereka akan dicuri tanpa mereka sedari atau sekiranya mereka cuai dan tidak berhati-hati. Masyarakat juga akan menjadi mundur dan tidak membangun kerana keadaan masyarakat yang tidak aman serta ketenteraman awam terganggu disebabkan jenayah curi. Pergaduhan juga akan sering terjadi antara masyarakat disebabkan jenayah ini kerana masyarakat akan mula berprasangka buruk antara satu sama lain. Jenayah curi juga akan melahirkan masyarakat yang malas berusaha dalam kehidupan mereka kerana mereka menganggap perbuatan yang haram seperti mencuri itu adalah satu pekerjaan yang lebih mudah untuk mendapatkan wang dengan cepat berbanding berhempas pulas mencari rezeki dengan cara yang halal. Masyaralat Islam juga akan dipandang hina oleh masyarakat lain akibat daripada peningkatan jenayah curi dalam masyarakat Islam. Masyarakat lain juga tidak akan mempercayai masyarakat Islam lagi dan akan menyisihkan masyarakat Islam daripada kehidupan mereka.


            Negara juga akan turut mendapat kesan sampingan daripada jenayah curi yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu. Antara kesan yang dihadapi negara ialah, negara Islam akan dipandang hina oleh negara-negara bukan Islam. Negara- negara bukan Islam akan menyisihkan negara Islam daripada sebarang urusan serta menyebarkan propaganda mengenai keburukan agama Islam. Selain itu, jenayah curi juga akan menyebabkan keadaan negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman disebabkan masalah jenayah yang semakin berleluasa. Jenayah curi juga akan mengakibatkan negara menjadi mundur dan tidak dapat membangun dengan baik kerana masalah jenayah tidak dapat dibasmi sepenuhnya dan mempengaruhi kemajuan sesebuah negara. Nama baik negara juga akan tercemar akibat daripada perbuatan mencuri itu sekaligus menjatuhkan imej negara Islam di mata negara-negara bukan Islam.


Sebagai kesimpulannya, setiap amalan dan sifat mazmumah hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada individu yang melakukannya serta mendatangkan kesan buruk secara tidak langsung kepada keluarga, masyarakat dan negara yang didiaminya.


7.0  PENYELESAIAN MASALAH

Gejala mencuri ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di Negara kita sekarang. Justeru, setiap individu haruslah memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini. Antara langkah yang dicadangkan ialah:

Mencukupi keperluan anak.

Kebanyakan remaja suka mencuri kerana keinginan yang diperlukan mereka masih belum dipenuhi. Sebaiknya pihak ibu bapa memainkan peranan dengan cuba memahami apakah masih ada keperluan anak yang belum diberikan. Kelalaian itu boleh berlaku dalam apa jua bentuk sekalipun seperti tidak memberi makanan yang berkhasiat, atau tidak mempunyai alat tulis yang diperlukan, atau keperluan seharian lainnya. Keadaan sedemikian akan membuat anak tersebut tergoda untuk melakukan pencurian. Jadi, ibu bapa hendaklah mencegah keadaan itu daripada terjadi kerana ibu bapa sangat berpengaruh dalam mendidik serta membentuk sikap anak-anaknya.

Memberi perhatian yang cukup.

Terdapat juga remaja yang mencuri kerana jiwa mereka terganggu dan tidak stabil. Ini disebabkan sikap kedua orang tuanya yang sibuk mengejar kemewahan dunia dan hanya tahu mencukupi keperluan anak secara materi, tetapi melalaikan keperluan rohaninya. Jadi, ibu bapa haruslah sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka dan melaksanakan amanah tersebut dengan sewajarnya agar jiwa anak-anak mereka stabil dan supaya anak-anak mereka merasai dirinya dihargai. Bila anak itu sihat, puas dan stabil jiwanya, tidak mungkin ia mencuri untuk mencari perhatian orang dewasa. 
                                                                                                                                                      Mengenali pergaulan anak

Sekiranya ibu bapa mula mengesyaki anak mereka mulai suka mencuri, mereka perlulah menyelidiki terlebih dahulu mengenai kawan-kawan yang rapat dengan anak mereka sama ada anaknya bergaul dengan teman-teman yang berperangai buruk atau bergaul dengan teman-teman yang berperangai baik. Kebiasaannya, teman-teman yang berperangai buruklah yang menganggap mencuri itu satu simbol keberanian dan cuba mempengaruhi teman-teman yang lain untuk mencuri. Ada juga golongan yang dirinya diancam untuk mencuri oleh kawan-kawan mereka. Jika benar teman-teman itu yang bermasalah, maka ibu bapa haruslah mengajar anak tersebut dan menjelaskan akibat buruk daripada perbuatan mencuri itu.

Menyelidiki motivasinya.

Selain unsur di atas, mungkin masih ada motivasi yang tersembunyi yang mendorong anak itu mencuri. Cubalah untuk mengetahui kehidupan seseorang itu, mungkin mereka sedang bercinta atau sedang terjerumus kepada ubat-ubat terlarang seperti ganja atau minuman keras. Apabila setiap individu dengan teliti menyiasat motivasi masyarakat mencuri, maka akan lebih mudah untuk mengatasi mengatasi masalah tersebut.

Memasukkan konsep nilai yang sebenar.

Sejak kecil orang tua sudah harus mendidik perbezaan antara hak barangan milik mereka dengan hak barangan milik orang lain dalam diri anak-anak mereka. Jangan biarkan anak-anak mereka mengambil barang orang lain sembarangan. Sekiranya menjumpai barangan milik orang lain dalam beg atau saku anak tersebut, maka ibu bapa haruslah menyruh  anaknya itu mengembalikannya kepada pemiliknya yang asal. Menerapkan konsep yang benar harus disertai dengan teladan yang baik supaya anak tidak tamak terhadap hal apa pun sekalipun itu hal yang kecil atau sembarangan meminjam barang milik orang lain. Berikanlah penghargaan dan pujian bila mereka mampu mengurus atau mengatur barangnya sendiri.

Melakukan usaha secara bersama.

Jika seseorang itu tidak berniat untuk membuang tabiatnya yang buruk itu walaupun pelbagai pihak telah berusaha memaksa atau menekan mereka dan hasilnya tetap sia-sia, maka usahakanlah untuk bekerjasama dengan individu tersebut serta  menasihati dan menjelaskan kepadanya sebab dan akibat buruk daripada tindakan mencuri. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk mencari jalan keluar yang boleh dilakukan. Kemudian berdoalah bersama-sama mereka agar bersandar pada anugerah Tuhan untuk hidup dalam kemenangan dan semoga terhindar daripada akhlak-akhlak mazmumah.

Mendidiknya dalam kebenaran.

Allah telah menegaskan kepada manusia mengenai larangan mencuri hak orang lain. Fitrah dan naluri manusia juga menyatakan bahawa mencuri itu satu kesalahan yang berdosa dan Allah akan menghukum dosa itu di akhirat kelak. Apabila seseorang itu melakukan dosa dalam keadaan terpaksa atau tidak sengaja maka berikan pengertian bahawa ia tetap dikasihi, apalagi oleh Allah. Jadi, sebagai sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab, kita haruslah sentiasa memberi didikan kepada setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini mengenai akhlak- akhlak mahmudah serta menyeru mereka meninggalkan akhlak-akhlak mazmumah. Kita juga haruslah membimbing mereka ke jalan yang benar dan sentiasa mendoakan mereka agar Allah akan mengubah sikap mereka dan memberikan hidayah dalam hidup mereka.                                                                                                                                                                                                                      


                                                                                                                                                     8.0  STATISTIK

Statistik jenayah di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai masalah jenayah yang semakin berleluasa di negara kita. Sekiranya digabungkan jumlah rompak,pecah rumah dan curi, kita akan mendapati bahawa kes-kes tersebut akan mengatasi jumlah masalah-masalah jenayah lain.





Statistilk di atas pula menunjukkan statistik kes kenayah cetak rompak. Kita dapat lihat bahawa penjenayah masih lagi berani melakukan jenayah yang sama setiap tahun walaupun pihak polis telah berusaha keras untuk membanteras jenayah tersebut.


8.1  Statistik jumlah pelajar yang terlibat dalam kes jenayah


Statistik Bukit Aman pula mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini(2010), kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam dua kes  rompak berkumpulan bersenjata api, 185 kes rompak berkumpulan tanpa senjata, 19 kes rompakan dan 141 kes rompakan mendatangkan kecederaan.

Mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian, 584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 kes ragut, 17 kes pecah rumah siang hari dan 232 kes pecah rumah malam hari.

Dalam tempoh sama tahun lalu(2009) pula menunjukkan remaja-ramaja di bukit aman melakukan tujuh kes rompakan berkumpulan bersenjata api, 74 kes rompak berkumpulan tanpa senjata api; 132 kes rompakan yang mendatangkan kecederaan), 324 kes curi, 385 kes curi kenderaan, 25 kes ragut, 28 kes pecah rumah malam hari dan 158 kes pecah rumah siang hari.

Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 50 kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, 507 kes (13 hingga 15 tahun) dan 1,360 kes (16 hingga 18 tahun) dengan 42 kes dilakukan perempuan.
Sumber – Berita Harian 29/6/2010


9.0 Contoh-contoh kejadian

(cari la dalam akhbar mane2 pom..malas nak upload gambar..bnyak kot kes rompak skrg ni..huhuhu)

10.0 Kesimpulan

Berdasarkan statistik serta keratan-keratan akhbar yang ditunjukkan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa masyarakat di negara kita pada masa ini masih belum menghayati ajaran yang dibawa oleh Islam dengan sewajarnya. Oleh sebab itulah pelbagai masalah jenayah sering melanda negara kita. Kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan akan menyebabkan seseorang itu mudah terjerumus kepada sifat-sifat mazmumah yang akan mempengaruhinya untuk melakukan kejahatan. Seandainya diri seseorang itu sudah jauh dari agama, nescaya pihak ketiga akan lebih mudah untuk menggodanya melakukan kejahatan dan perasaan takutnya dalam melakukan jenayah tersebut juga turut hilang kerana nafsunya telah menguasai dirinya itu.

            Jadi, tidak hairanlah seseorang itu berani mencuri di hadapan khalayak ramai walaupun tahu akibat yang mungkin dihadapinya sekiranya ditangkap. Justeru, kita selaku masyarakat yang prihatin haruslah memainkan peranan dalam membasmi masalh ini. Kita tidak harus mengharapakan sesetengah pihak sahaja kerana  dalam al-Quran Allah telah berfirman:

`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôtƒ n<Î) ÎŽösƒø:$# tbrããBù'tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ
 Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
(surah Ali-Imran: 104)


 Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa mencegah kemungkaran itu adalah satu perbuatan yang baik dan harus dilakukan oleh setiap muslim yang ada di atas muka bumi ini. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan mereka sebagai muslim dalam mengegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran dalam kehidupan seharian masyarakat pada masa kini. Dalam ayat lain, Allah s.w.t juga telah berfirman:

(#qà)ÏÿRr&ur Îû È@Î6y «!$# Ÿwur (#qà)ù=è? ö/ä3ƒÏ÷ƒr'Î/ n<Î) Ïps3è=ök­J9$# ¡ (#þqãZÅ¡ômr&ur ¡ ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÊÒÎÈ
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Surah al-Baqarah:195)

            Oleh itu, marilah kita semua melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan setiap tuntutan yang terkandung di dalam al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita bagi membentuk masyarakat serta negara yang cemerlang, gemilang, terbilang dan bebas daripada sebarang kemungkaran serta jenayah.



11.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta dengan izin-Nya jua akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya ini.  Secara jujurnya, saya sebenarnya mempunyai pengetahuan yang sangat cetek mengenai gejala jenayah dan sifat mazmumah yang melanda negara kita sebelum menerima tugasan ini. Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Puan Hajah Siti Juariah binti Tarmuji, pensyarah pembimbing saya kerana telah banyak memberikan ilmu-ilmu serta pengetahuan yang baru kepada saya mengenai sifat-sifat mazmumah yang melanda negara kita serta aspek-aspek yang berkaitan dengannya.

Ketika menerima tugasan ini, saya merasakan tugasan ini amat berat bagi saya. Maka saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing bagi berbincang mengenai soalan tugasan ini dengan lebih terperinci. Tugasan ini telah membuatkan saya tersentuh untuk merujuk lebih banyak bahan rujukan bagi memenuhi setiap kehendak soalan yang diberikan dalam tugasan ini. Saya mula menyedari mengenai akibat akhlak mazmumah dalam dunia realiti sekarang ini. Setelah merujuk beberapa buku rujukan, saya mendapati bahawa peranan setiap muslim dalam menangani isu mencuri adalah sangat penting kerana sesuatu masalah akan lebih mudah diselesaikan sekiranya setiap orang memberikan kerjasama.

Akhir kata, saya mengharapkan agar setiap ilmu yang saya perolehi daripada tugasan ini dapat saya gunakan untuk mengajar anak-anak murid saya pada masa hadapan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian saya dengan baik dan sistematik. Saya juga amat berpuas hati di atas bimbingan yang telah pensyarah pembimbing saya berikan dan akan memanfaatkan segala yang saya pelajari daripadanya untuk kegunaan dalam hidup saya pada masa akan datang.



BIBILIOGRAFI

Al-Hudhabi. (1985). Pendakwah Bukan Penghukum . Kuala Lumpur: ABIM.
Al-Qardhawi, Yusuf. (1984). Kebangsaan Islam di antara Tantangan dan Ekstrimisme ,   Kuala Lumpur: ABIM.
Al-Atlas, S.M.N. (1977). Islam Faham Agama & Asas Akhlak . Kuala Lumpur : ABIM.
Tiada nama pengarang. 2002. Islam dan Isu-isu Semasa . Skudai: PPIPS
Al-Qardhawi. Yusuf (1985). Iman dan Kehidupan . (terj. Fachruddin H.S) Shah Alam:     Dewan Pustaka Fajar.
Al Faruqi, Ismail Raj. (1982). Tauhid: Its Implication for thought and life . Kuala Lumpur: International Institute of Islamic thought.
Osman Bakar, (1997). Islam and Civilizational Dialoque : The Quest for A Truly Universal           Civilization. Kuala Lumpur: University Malaya Press.


P/S: ESAIMEN NI HAKCIPTA TERPELIHARA. DILARANG COPY AND PASTE BULAT-BULAT. BLOG INI SEKADAR UNTUK RUJUKAN BERSAMA. SEKIAN 

0 comments:

Post a Comment