topbella

Friday, October 22, 2010

PeNGeNaLaN TeNTaNG BLoG iNi...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Salam satu Malaysia, salam pantai timur dan salam Perak aman jaya... Bersyukur ana ke hadrat Ilahi keran dengan limpah kurnianya dapat lagi ana menyiapkan satu blog yang ana akan isikan dengan entry2 mengenai esaimen2 yang ana dapat ketika menuntut ilmu di institut pendidikan guru kampus Ipoh selama sebelas semester...

Ana kini dalam liku-liku mengakhiri semester 3 dalam bidang Pengajian Islam & Quran / Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.. Ana mula terfikir untuk membuat blog ini disebabkan ana beberapa kali telah kehilangan esaimen2 ana disebabkan laptop kesayangan ana rosak beberapa kali dan ana x sempat back up esaimen2 ana tu dalam bahan sampingan yg lain..

Jadi, ana rasa eloklah ana membuat satu blog yg khusus untuk esaimen2 ana ni sebagai back up sekiranya laptop ana membuat 'perangai' lagi pada masa yg akan datang.. Kepada para pengunjung, ana harapkan isi kandungan dalam blog ni dapat memberi input kepada antum semua. Kepada para mahasiswa juga boleh memberikan pandangan anda sekiranya esaimen2 ana ni terdapat kekurangan dan juga boleh memberikan kritikan yg membina terhadap ana supaya ana daat memperbaiki lagi hasil esaimen ana pada masa akan datang. Segala sokongan yg diberikan didahului dengan ucapan syukran jazilan..

p/s:: kepada yg merujuk blog ni utk esaimen mereka, jgn copy bulat2 esaimen2 ni sebab esaimen ni hak cipta terpelihara...Anda hanya blh menjadikan blog ni sebagai tempat rujukan sahaja... Harap maklum..

0 comments:

Post a Comment