topbella

Saturday, October 23, 2010

PPISMP SEM 1- PENDIDIKAN ISLAM TERAS



MUKADDIMAH


Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keredhaan-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya ini. Sesungguhnya tugasan ini memberikan makna yang amat besar kepada saya sebagai bakal pendidik.

Terlebih dahulu saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah dan rakan sepasukan kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang banyak kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda semua kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang aktiviti dan perjumpaan yang kita adakan selama ini.

Seterusnya, saya ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ayah dan bonda tercinta serta ahli keluarga yang tersayang kerana tidak putus-putus memberikan sokongan dan galakan serta kata-kata perangsang kepada saya ketika menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya sokongan daripada anda semua adalah pembakar semangat kepada diri saya untuk lebih berusaha gigih bagi menyiapkan tugasan ini dengan lebih baik.


Terima kasih juga saya ucapkan kepada para senior yang turut memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman yang telah mereka perolehi kepada saya.sesungguhnya tunjuk ajar berdasarkan pengalaman kalian itu sangat berguna kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan lebih teratur dan kemas.

Akhirulkalam, saya ingin memohon beribu kemaafan seandainya terdapat sebarang kecatatan atau kelemahan dan kekurangan pada tugasan tang saya buat ini. Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu kepada saya pada masa akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu juga datangnya daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Sekian sahaja ucapan saya buat masa ini. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Adab Membaca Al-Quran

Al Qur’anul Karim adalah firman Allah yang tidak mengandung kebatilan walau sedikit pun. Al Qur’an memberi petunjuk jalan yang lurus dan memberi bimbingan kepada umat manusia di dalam menempuh perjalanan hidupnya, agar selamat di dunia dan di akhirat, dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang mendapatkan rahmat dari Allah Ta’ala. Untuk itulah tiada ilmu yang lebih utama dipelajari oleh seorang muslim melebihi keutamaan mempelajari Al-Qur’an. Sebagaimana sabda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

Ketika membaca Al-Qur’an, maka seorang muslim perlu memperhatikan adab-adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membaca Al-Qur’an:

1. Membaca dalam keadaan suci, dengan duduk yang sopan dan tenang.

Dalam membaca Al-Qur’an seseorang dianjurkan dalam keadaan suci. Namun, diperbolehkan apabila dia membaca dalam keadaan terkena najis. Imam Haromain berkata, “Orang yang membaca Al-Qur’an dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh, akan tetapi dia meninggalkan sesuatu yang utama.” (At-Tibyan, hal. 58-59)

2. Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat, agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah bersabda, “Siapa saja yang membaca Al-Qur’an (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (HR. Ahmad dan para penyusun kitab-kitab Sunan)

Sebahagian sahabat membenci pengkhataman Al-Qur’an sehari semalam, dengan dasar hadis di atas. Rasulullah telah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatam kan Al-Qur’an setiap satu minggu (7 hari) (HR. Bukhari, Muslim). Sebagaimana yang dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit, mereka mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.

3. Membaca Al-Qur’an dengan khusyuk, dengan menangis, kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca boleh menyentuh jiwa dan perasaan.

Allah Ta’ala menjelaskan sebagian dari sifat-sifat hamba-Nya yang soleh, “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Isra’: 109). Namun demikian tidaklah disyariatkan bagi seseorang untuk berpura-pura menangis dengan tangisan yang dibuat-buat.

4. Membaguskan suara ketika membacanya.

Sebagaimana sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, “Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim). Di dalam hadits lain dijelaskan, “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan Al-Qur’an.” (HR. Bukhari dan Muslim). Maksud hadis ini adalah membaca Al-Qur’an dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhraj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar dari ketentuan kaedah tajwid. Dan seseorang tidak perlu melenggok-lenggokkan suara di luar kemampuannya.

5. Membaca Al-Qur’an dimulai dengan isti’adzah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya, “Dan bila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (QS. An-Nahl: 98)

Membaca Al-Qur’an dengan tidak mengganggu orang yang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara yang lirih secara khusyuk..

Rasulullah shollallahu ‘alaihiwasallam bersabda, “Ingatlah bahawasanya setiap dari kalian bermunajat kepada Tuhannya, maka janganlah salah satu dari kamu mengganggu yang lain, dan salah satu dari kamu tidak boleh bersuara lebih keras daripada yang lain pada saat membaca (Al-Qur’an).” (HR. Abu Daud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim).

Konklusinya, setiap muslim haruslah sentiasa mengamalkan adab-adab seperti yang tersebut di atas agar setiap bacaan ayat Al-Quran yang kit abaca mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Insya Allah.


SURAH AL-FATIHAH


HUKUM-HUKUM TAJWID YANG TERDAPAT DALAM SURAH AL-FATIHAH




1. اللَّهِ - Huruf Lam dinipiskan

2. رَبِّ - Huruf Ro' ditebalkan

3. الْعَالَمِينَ - Alif Lam Qamariah

4. مَالِكِ - Mad Asli 2 harakat

5. الدِّينِ - Alif Lam Syamsiah

6. اهْدِنَ - Hamzah Washol dibaca baris bawah ketika ibtida'

7. الْمُسْتَقِيمَ - Alif Lam Qamariah, Huruf Qaf ditebalkan

8. أَنْعَمْتَ - Izhar Halqi, Tidak Dengung. Izhar Syafawi, Tidak dengung.

9. عَلَيْهِمْ غَيْرِ - Izhar Syafawi, Tidak Dengung,huruf Ghin ditebalkan

10. وَلاَ الضَّالِّينَ - Alif Lam Syamsiah, Huruf Dhod ditebalkan


KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Setiap surah yang terkandung dalam al-Quran pasti mempunyai kelebuhannya yang tersendiri. Surah al-Fatihah adalah salah satu surah yang terkandung dalam al-Quran dan ianya juga merupakan salah satu surah yang memberikan banyak fadhilat serta kelebihan kepada pembaca al-quran. Antara kelebihan surah al-Fatihah ialah, membacanya seperti mendapat pahala bacaan sepertiga al-quran sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran. Selain itu, baginda bersabda lagi yang bermaksud bahawa: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’ pula, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi meriwayatkan bahawa: “siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepda Allah S.W.T. Hadis-hadis seta ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa surah Al-Fatihah tunjang utama dalam melakukan sesuatu ibadah dan juga dalam melakukan seuatu perkara. Selain itu, surah ini juga boleh digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain lagi. Surah ini juga boleh menjadi penawar bagi racun kala jengking, menghilangkan sifat lupa dan juga bagi segala penyakit. Nabi Muhammad juga mengajar kita berdoa kepada Allah sebanyak 7 kali ketika kita sakit dengan doa: “Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.” Jelaslah kepada kita bahawa surah AL-fatihah juga merupakan induk dalam bidang perubatan bagi menyembuhkan segala penyakit.

Jika kita renungkan sejenak, kita pasti akan dapat melihat jenis pemikiran apa yang dicerminkan atau yang cuba dibangunkan oleh surah Al-Fatihah itu.melalui surah al-Fatihah, seseorang itu akan dapat menyanyikan puji-pujian bagi Tuhannya. Tetapi tuhannya yang dipuji ini bukanlah Tuhan ras atau masyarakat atau kelompok keagamaan tertentu, melainkan tuhan semesta alam, Rabbul ’Alamiin, sumber santunan dan rahmat bagi semua umat. Sang penyembah memuji Tuhan dengan menyebut sifat-sifat-Nya. Akan tetapi dari semua sifat-Nya ini, sifat kasih sayang dan keadilanlah yang sangat memikat pemikirannya, seolah-olah keilahian menjelmakan diri baginya sepenuhnya dalam keadilan dan rahmat ilahi, dan bahawa yang dia ketahui mengenai Tuhan tidak lain hanyalah bahawa Tuhannya Maha Pengasih dan Maha Adil.

Kemudian dia sujud dan mengakui ketergantungan mutlaknya pada Tuhannya: Dia membaca: “hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. “Dengan demikian sang penyembah mengakui bahawa Tuhannya ini merupakan pemberi pertolongan dalam hidupnya, dan membuang semua pemikiran mengenai ketergantungan pada yang lainnya lagi. Dengan itu, dia akan mula memikirkan tugas dan tanggungjawabnya terhadap Penciptanya seiring dengan bertambahnya semangatnya. Dia akan mula mengira dan meyakini bahawa dia harus menjalani kehidupannya dengan cara yang betul serta menyenangkan Tuhannya.


Oleh itu, dia akan meminta Tuhannya untuk memberikan semangat menjalani hidup ini. Inilah doanya yang utama. Di samping itu,dia juga memohon kepada Tuhannya agar tetap berada di jalan yang lurus yakni jalan yang pernah disusuri oleh orang-orang yang disukai Allah. Inilah konsepnya mengenai jalan yang lurus. Jalan yang ingin disusurinya itu bukanlah yang digunakan oleh ras atau masyarakat atau kelompok keagamaan tertentu. Jalan yang dilihatnya adalah jalan yang terhormat , jalan lurus yang telah disusuri oleh para pendiri semua agama, dan orang-orang yang benar, tidak kira masa atau di mana sahaja. Dalam kerinduannya untuk tetap berada pada jalannya, dia mencari perlindungan daripada Tuhan. Dia ingin selamat daripada kesesatan atau dari mengikuti jalan yang telah diambil oleh orang-orang yan sesat. Dengan harapan itulah dia sama sekali tidak merujuk kepada masyarakat atau kelompok keagamaan yang merupakan induk kepada golongan-golongan yang sesat itu.yang dipohonnya adalah adalah hal ismewa untuk berjalan di sebuah jalan yang bererti kebahagiaan semua umat manusia, dan bukanlah jalan yang boleh meruntuhkan mereka.

Renungkanlah. Jenis pemikiran apakah yang ingin disusunnya? Apa jua pendadapat yang dianut seseorang, jelas bahawa pemikiran yang terperinci dalam surah al-Fatihah adalah suatu jenis pemikiran yang mencerminkan keindahan dan rahmat Tuhan atau kemanusiaan universal, pemikiran yang ingin dibangunkan al-Quran.


KONSEP AQIDAH


Menurut kamus dewan, perkataan akidah dalam bahasa melayu boleh ditakrifkan sebagai ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’. Kepercayaan boleh didefinisikan sebagai keyakinan atau akuan pada benarnya sesuatu, iman dan iktikad’. Perkataan iman di sini merujuk kepada ‘kepercayaan pada adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya’ serta ‘ketetapan hati’ dan ‘kekuatan batin’. Manakala iktikad’ pula merujuk kepada ‘kepercayaan atau keyakinan dalam hati,terutamanya dalam hal-hal keagamaan’. Dengan itu, jelaslah bahawa perkataan akidah,iman dan ittikad membawa pengertian yang sama.

Izharnya, akidah berasal dari perkataan bahasa arab iaitu ’aqdun ( عقد ) yang mempunyai pelbagai pengertian seperti ‘janji yang kuat’. Sebagai contoh, jika seseorang itu berkata: “aku berjanji dengan Musa begini-begini” , maka takwil perkataannya tersebut ialah, “Aku terikat dengannya”. Jelaslah bahawa sesuatu yang kita janjikan tidak akan dikira sah sekiranya kita tidak menepatinya.

Bertolak dari pengertian di atas,maka perkataan akidah juga boleh difahamkan sebagai “suatu janji yang kuat antara hamba dengan Khaliknya” dan akidah inilah yang akan membuahkan suatu azam serta sikap yang jitu dan konsisten dalam diri setiap individu.

Perkataan ’aqdun(aqidah) juga boleh diertikan sebagai “sesuatu yang menguatkan serta mengukuhkan”. Sekiranya akidah diambil daripada definisi ini,maka akidah adalah sesuatu yang menguatkan serta mengukuhkan orang yang berakidah. Lantas, kerana kerana akidahnya itu, ia terpelihara daripada kegagalan atau kehancuran. Sesungguhnya akidah adalah benteng kepada iman dan akan melindungi daripada hal-hal dapat meruntuhkan iman.

Akidah pula terbahagi kepada empat unsur utama iaitu, fitrah, akal, ghaib dan syarak. Keempat-empat unsur ini telah digabungkan menjadi satu seterusnyaia menjadi suatu tenaga atau kekuatan yang amat kuat. Antara huraian bagi unsur-unsur ini ialah, akidah dari segi fitrah terserlah apabila manusia itu merenung dan memerhatikan kehidupan ini, nescaya cepat atau lambat ia akan menyedari kekerdilan dirinya jika dibandingkan dengan kebanyakan makhluk-makhluk yang lain. Maka hadirlah sebuah pertanyaan: “apakah ertinya diriku yang kerdil ini, jika dihadapkan dengan langit yang luas membentang di atasku?” Dan kesemua mereka masing-masing akan mengakui kebesara dan kekuasaan penciptanya sebagaimana dalil:

Terjemahan: apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membinanya. Dia meninggikan binaannya, lalu menyempurnakannya, dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita dan siangnya terang benderang.
(al-nazi’at: 27 – 29)

Dalil di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa besarnya kurnia yang diberikan oleh Allah kepada kita iaitu para hamba-Nya melalui hasil-mahsul yang didatangkan-Nya daripada bumi,sehingga hidup dan kehidupan ini menjadi makmur dan sesuai untuk didiami.antara dalil lain bagi unsur fitrah ialah:

Terjemahannya: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan. Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, supaya mereka dapat makan daripada buahnya , dan daripada apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?
( yasin: 33-35 )


Di samping kurnia dan pemberian oleh Allah yang tidak terkira daripada bumi yang wajib disyukuri manusia, ada pula hal-hal yang tidak disukai dan mencabar tadi seperti angin taufan, petir, dan gempa bumi yang dapat menggoncangkan bumi dan meruntuhkan gunung-ganang serta menjungkir-balikkan manusia ke kiri dan ke kanan.kita cukupkan sampai di sini saja perbincangan kita mengenai unsur fitrah..seterusnya kita beralih kepada unsur yang kedua iaitu akal.

Akal merupakan suatu kekuatan yang tersembunyi bagi setiap manusia kerana ketersembunyiannya, selalu hadir perdebatan yang sengit antara ilmuan dengan filsuf tentang akal. Implikasinya, timbul pelbagai jawapan yang membawa pelbagai dilalah. Sehingga ke hari ini, pengertian tentang akal masih lagi terbuka luas ruangnya untuk dipolemikkan. Menurut Ibnu al-Arabi, apa sahaja yang diserap oleh akal dinamakan ilmu. Firman Allah S.W.T:

Terjemahan: Sesungguhnya pada yang demikian(terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui.
(al-Naml: 52)

Tapi di tempat lain,Allah berfirman:

Terjemahan: Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir(berakal).
(al-Ra’d: 4)

Jadi, akal menurut al-Arabi, adalah nama terkenal bagi sesuatu yang abstrak yakni merupakan suatu alat untuk menyerap pengetahuan.di dalam riwayat lainjuga terdapat penegasan tentang fungsi akal sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:

مااكتسب رجل مثل عقل يهدي صاحبه الي هدي؛ ويرده عن ردي؛ وما تمّ ايمان عبد ولا استقام دين حتّي يكمل عقله

Terjemahan: Tidak ada yang lebih mampu menunjuki kawannya daripada keburukan sebagaimana kemampuan akal. Dan tidak sempurna iman seseorang dan tudak lurus agamanya sebelum sempurnanya akal.


Di dalam “mu’jam al-Mufahras Li Alfaz al-Hadith al-Nabawiy” sampai beberapa halaman memuat hadis-hadis yang khusus memperkatakan tentang akal dan hal-hal yang berkaitan dengan akal. Jelaslah bahawa akal merupakan salah satu unsur yang penting dalam akidah.

Unsur ketiga yang terdapat dalam akidah ialah ghaib.beriman kepada perkara ghaib adalah salah satu unsur daripada unsur-unsur akidah.terdapat banyak perkara ghaib yang tidak dapat dicerna oleh akal manusia kerana akal manusia adalah terbatas.hal-hal tersebut telah dipisahkan di antara sebab dan musabbab, atau di antara mukaddimah dan natijah serta di antara illat dan yang diillatkannya.

Akal manusia pula tidak dapat mengakui bahawa Allah yang menjadikannya demikian, sanggup untuk memisahkan antara mukaddimah daripada natijah, sebab daripada daripada musabbab atau illat daripada yang diillatkannya. Al-Quran telah menjelaskan contoh yang demikian berkali-kali bagi menguat dan menetapkannya. Cerita Nabi Zakaria (a.s) dengan Maryam adalah salah satu contoh yang terang serta masyhur dalam perkara yang kita bincangkan ini.cerita ini banyak menunjukkan kejadian yang aneh yang sukar atau yang mustahil dapat diterima akal sihat sebagaiman dalil:




Terjemahan: ‘Wahai Maryam,dari mana kamu peroleh (makanan) ini? Maryam menjawab: ‘Makananitu datang daripda sisi Allah’. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya,tanpa hisab.
(Ali-Imran: 37)

Beriman kepada suatu peristiwa yang tertutupsebab dan musabbabnya sebagaimana peristiwa di atas akan membuatkan akal kita menyerah dan mengakui perkara-perkara ghaib,seperti kewujudan syurga, neraka, hari kebangkitan, hari berhimpun, hari berhisab, hari pembalasan, malaikat, jin dan semua yang tidak dapat dirasakan dan dicapai oleh kekuatan indera kita.

Unsur keempat dalam akidah ialah,unsur syarak.syarak ialah sejumlah prinsip, nilai, aturan atau syariat yang dibawa oleh seorang rasul. Maksud syariat yang dibawa oleh rasul ialah prinsip-prinsip atau nilai-nilai yang diwahyukan oleh Allah kepada mereka (para rasul). Terdapat beberapa orang rasul yang sering dibicarakan dalam al-Quran,sementara sebahagian yang lain tidak disebutkan di dalamnya.hal ini telah dinyatakan dalam al-Quran:


Terjemahan: Dan (Kami) telah mengutus para rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung…(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasulpembawa berita gembira dan peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia, membantah Allah sesudah diutus-Nya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(al-Nisa’:164-165)

Sesungguhnya, syariat Ilahi yang dibawa para rasul adalah bertujuan memperbaiki manusia dan menyenangkannya. Dan akidah, menuntut supaya berkelakuan sesuai dengan akidah-akidah tersebut, mentaatiajaran-ajarannya, dan berpegang teguh pada prinsip-prinsipnya.

Konklusinya, akidah adalah pegangan atau keyakinan yang teguh pada sesuatu berasaskan kebenaran seterusnya berupaya menjadi pencetus kepada pelaksanaan segala apa yang dipegang.


PERANAN SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Sudah menjadi dasar bagi pengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memahami dan mengaplikasikan makna dan hakikat syahadah secara syumul (menyeluruh).

Syahadah merupakan masalah yang sangat asas dalam Dienul Islam. Oleh kerana itu tidak dibenarkan bagi seseorang muslim untuk berpura-pura jahil terhadap ketentuan tersebut. Disamping itu kalimah syahadah adalah kalimah tauhid yang sekaligus memiliki satu pernyataan khusus tentang sebuah kepasrahan diri (penyerahan diri) daripada segala bid'ah dan kesyirikan, baik yang berkaitan dengan aturan Allah ataupun Rasul Nya.

Maka untuk memahaminya, sebuah kajian kritis menurut tinjauan nas dan dalil syarie yang tetap (tsabit) dan qot'ie amat diperlukan (kerana perkara ini bukan persoalan ijtihadiyah). Hal ini diperlukan dalam rangka menghindari fitnah syubhat dan syahwat dalam beribadah yang pada masa ini dilakukan oleh majoriti kaum muslimin. Bukti konkrit akibat kejahilannya tidak sahaja akan mampu menimbulkan warna kebatilan, kehinaan dan kezaliman bahkan juga perpecahan.

Oleh kerana itu Doktor Safar Al Hawaly telah menulis di dalam bukunya, ‘Sekularisme’ bahwa 
sekularisme sendiri pun yang sekarang ini telah berkembang pada sekelompok umat Islam, tidak lain adalah kerana kekerdilan pemahaman terhadap nilai aqidah (Kalimah Tauhid).

Melihat betapa pentingnya perkara diatas, maka hasil daripada pemahaman tersebut bukanlah hanya sekadar perkataan dan doktrin sahaja, tanpa sebuah perealisasian. Berbeza dengan pemahaman yang sering ditunjukkan oleh pelbagai firqah dan aliran sesat seperti khawarij, murjiah, kaum tarikat, sufi dan sebagainya.

Maka disinilah bermulalah titik permulaan sebagaimana yang telah disimpulkan oleh Imam Ibnu Taimiyah dalam majmu'nya bahwa: Diri ini dibangunkan atas dasar kalimah syahadah, oleh kerana itu janganlah kamu menjadikan illah selain Allah, mencintai makhluk sebagaimana cintanya terhadap Allah, berharap dan takut sebagaimana takut dan berharapnya anda kepada Allah dan barangsiapa yang menyamakan antara makhluk dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepada Nya, sekalipun dia mengakui Allah sebagai Al Khaliq (Maha pencipta).

Perkataan Asyhadu dalam Syahadah boleh membawa maksud menyaksikan, sumpah dan juga bersaksi. Perkataan Ilah pula membawa maksud sesuatu yang layak diibadahi (disembah) dengan penuh ketaatan. (Ibnu Taimiyyah). Selain itu, ianya juga boleh membawa maksud sesuatu yang dicenderungi dan diwala’ (dicintai, berpihak, menyokong) oleh hati dengan penuh kecintaan, keagungan, kemulian, tunduk dan patuh serta takut dan penuh pengharapan. (Ibnu Qayyim). Dalam al-Quran pula, Allah S.W.T telah berfirman mengenai peranan syahadah dalam kehidupan muslim seperti yang terkandung dalam surah-surahnya iaitu tidak ada yang mententeramkan hati kecuali Allah:(Ar Ra’d 13:26), tidak ada tempat berlindung kecuali Allah:(Asy Syura 42:9), tidak ada yang dicintai kecuali hanya Allah:(At Taubah 9:24), tidak ada yang diibadahi kecuali Allah: (Al Fatihah 1:4), tidak ada yang ditaati kecuali Allah :(An Nisa 4:59), tidak ada pemilik atau raja kecuali Allah:(Ali Imran 3:32), tidak ada yang diagungkan kecuali Allah:(Al Waqiah 56:96), tidak ada yang harus dipegang teguh kecuali Allah: (An Nisa 4:176), tidak ada penguasa kecuali Allah:(Al Anam 6:61), dan tidak ada sumber hukum kecuali Allah: (Asy Syura 42:10).
Antara peranan dan fungsi syahadah dalam kehidupan ialah, ianya merupakan dasar bernilainya Agama Islam, pembeza antara Muslim dan Kafir dan juga syarat mutlak untuk masuk ke syurga.
Telah bersabda Rasulullah saw: Barangsiapa yang bersyahadah tiada ilah kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, maka Allah mengharamkan jasadnya untuk disentuh api neraka. (Hadis Riwayat Muslim) 

Selain itu, ia juga merupakan kunci atau syarat diterima sesuatu ibadah/ amalan dan juga merupakan syarat untuk mendapatkan syafaat dari Rasulullah saw pada hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah saw: Manusia yang paling beruntung mendapatkan syafaatku pada hari kiamat adalah barangsiapa yang mengatakan ‘lailahailallah’ secara ikhlas dari hati dan jiwanya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Syahadah juga boleh dianggap sebagai syarat jaminan perlindungan harta, jiwa dan kehormatan manusia.

Peringkat syahadah pula terbahagi kepada empat iaitu iaitu ada pengetahuan dan keyakinan atas kebenaran dan ketetapan apa yang disaksikan (syahadah), mengikrarkan syahadah dengan disaksikan orang lain dengan berbicara, menulis atau berkata pada diri sendiri, memberitahu, mengkhabarkan dan menjelaskan persaksian orang-orang lain serta beriltizam terhadap kandungan syahadah.

Syaikh Wahhab bin Munabbih pernah ditanya, “Bukankah syahadah lailahailallah itu merupakan kunci jannah? Beliau menjawab, “Benar, tetapi tidak ada kunci melainkan ia pasti memiliki gerigi. Apabila engkau datang membawa kunci yang ada geriginya, maka jannah itu akan terbuka bagimu. Namun jika tidak, maka ia akan tetap tertutup bagimu.” (Riwayat Bukhari).

Gerigi yang dimaksudkan itu ialah syarat-syarat syahadah Berikut merupakan syarat-syarat syahadah (oleh Al Qohthoni, Al Wala’ Wal Bara’) iaitu Al Ilmu, iaitu mengetahui makna syahadah dan apa sahaja yang dinafi atau diithbatkan (ditetapkan). (Muhammad 47:19), Al Yaqin, iaitu yakin tanpa ragu-ragu dengan sebenarnya semua yang terkandung dalam syahadah tersebut. (Al Hujurat 49:15), Al Qobul, iaitu menerima seluruh kandungan syahadah dengan hati dan lisan tanpa meninggalkan sesuatu tuntutan pun. (As Saffat 37:35-36), Al Inqiyad, iaitu tunduk dan patuh dalam mengaplikasikan keseluruhan tuntutan syahadah tanpa keberatan sedikitpun. (An Nisa’ 4:65; An Nisa’ 4:125; Luqman 31:22), As Sidqu, iaitu mengucapkan syahadah dari lubuk hati yang benar-benar jujur dan benar. (Al Ankabut 29:1-3), Al Ikhlas, iaitu mengikhlaskan amal dan niat hanya untuk Allah sahaja tanpa dicemari oleh kotoran-kotoran syirik. (Al Bayyinah 98:5), dan Al Mahabbah, iaitu menyintai seluruh kandungan syahadah dan apa sahaja yang menjadi tuntutannya serta menyintai orang-orang yang beriltizam dan komitmen dengan kalimah syahadah serta membenci hal-hal yang membatalkan syahadah. (Al Baqarah 2:165).

Perintah Allah yang terbesar kepada seluruh manusia adalah ‘Lailahailallah’ iaitu menafikan segala jenis tuhan kecuali Allah (Al Anbiya’ 21:25). Syahadah merupakan pembeza antara muslim dan kafir dan syahadah juga merupakan syarat mutlak masuk jannah. Barangsiapa yang tidak sempurna kedua-dua rukun syahadah (menafikan dan menetapkan), maka ia pasti terjebak dengan dosa besar iaitu menyekutukan Allah, yang tidak dapat ditampal dengan apa jua ibadah hatta solat, puasa mahupun haji.

Telah bersabda Rasulullah saw: Dua hal yang menentukan. Bertanya seorang lelaki: Ya Rasulullah! Apa yang dimaksudkan dengan dua hal yang menentukan itu?, Beliau menjawab, Barangsiapa mati menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka ia masuk neraka dan barangsiapa mati tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka ia masuk jannah. (Hadis Riwayat Muslim)

Kalimah lailahailallah pula bermaksud ‘tiada tuhan selain Allah’. Kalimah ‘tiada tuhan’ bermaksud bahawa kita menafikan atau menolak semua bentuk sembahan lain selain daripada Allah. Kalimah ‘selain Allah’ pula bermaksud kita menetapkan bahawa yang disembah (ma’bud) itu hanyalah Allah semata-mata dan meyakini bahawa tiada sekutu bagi Allah. Ini sebenarnya mencakupi konsep ‘Nafy wal Itsbat’ (penafian dan penetapan). Kita menafikan semua ilah selain Allah dan menetapkan bahawa hanya Allah sebagai tuhan.

Rukun syahadah lailahailallah terbahagi kepada dua iaitu menafikan dan menetapkan. Menafikan menurut Doktor Sholih Fauzan (Makna Lailahailallah) dan Muhammad Sa’id Salim Al Qataahani (Antara Kekasih Allah dan Kekasih Syaitan), terdapat 4 sembahan-sembahan palsu yang perlu dinafikan iaitu Al Aliha, merupakan apa sahaja yang manusia yakini dapat memberikan mudarat ataupun manfaat sehingga manusia bergantung kepadanya, (As Syura 42:9; Al Anam 6:14; Ar Ra’d 13:28; Yunus 10:107). Sembahan kedua ialah At Thowaghit iaitu sesiapa sahaja yang disembah serta rela diibadahi, ditaati dan diikuti selain Allah, (Al Baqarah 2:256). Sembahan ketiga pula ialah Al Andad iaitu merupakan apa sahaja tandingan-tandingan yang dapat memalingkan manusia daripada Allah,(Al Baqarah 2:165; At Taubah 9:24). Dan sembahan yang keempat ialah Al Arbab iaitu sesiapa sahaja yang berfatwa (mengeluarkan hukum, undang-undang, perlembagaan atau peraturan) dan bertentangan dengan kebenaran (Al Quran dan As Sunnah) yang kemudiannya diikuti manusia,(At Taubah 9:31).

Di antara hal-hal yang perlu ditetapkan pula ialah, mengakui bahawa Tuhan hanyalah Allah, (Muhammad 47:19) dan Hanya Allah yang berhak menerima peribadahan daripada Manusia,(Al Fatihah 1:5).Kita juga harus yakin bahawa hanya Allah layak menjadi pemilik, pemerintah, pembuat perlembagaan hidup untuk manusia dan penguasa tertinggi alam semesta, (Asy Syura 42:10; Al A’raf 7:3) dan setiap Al Qosd wal Niyat (tujuan dan niat) hanya kepada Allah, (Al Bayyinah 98:5). Kita juga haruslah sentiasa mempunyai keyakinan yang teguh terhadap Al Ta’zim wal Mahabbah (pengagungan dan kecintaan) hanya kepada Allah, (Al Baqarah 2:165) dan Al Khouf wal Roja’ (takut dan pengharapan) hanya kepada Allah serta meyakini bahawa At Takwa hanyalah untuk Allah.

Pengertian syahadah muhammadur Rasulullah pula ialah mengikrarkan dengan lisan, beriman di dalam hati bahawa Muhammad Rasulullah saw adalah utusan Allah kepada seluruh makhluk Nya. Syahadah Muhammadur Rasulullah menuntut seseorang itu agar mengimani dan membenarkan semua yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw, (Al A’raf 157-158) dan sentiasa mentaati perintah dan meninggalkan larangannya, (An Nisa’ 4:59; Al Anfal 8:13) serta tidak beribadah kecuali dengan apa yang telah disyariatkan Rasulullah saw. Kerana Islam itu dibangun diatas landasan beribadah kepada Allah sahaja dan dengan menggunakan syariat yang yang telah disunnahkan Rasulullah saw, (Al Ahzab 33:21).

Konklusinya, syahadah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan setiap muslim kerana ianya merupakan teras utama dalam hidup seseorang dan juga merupakan syarat utama bagi memeluk agama Islam. Oleh itu, kita semua hendaklah sentiasa mengucapkan kalimah syahadah agar kita keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah S.A.W akan sentiasa diterima.


KONSEP IBADAT DALAM ISLAM

Hidup manusia di bumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab.

Tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya.

Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah S.W.T maksudnya:

“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada Ku”. (Az-Zaariyaat: 56)
Firman Allah swt. bermaksud:

“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu”. (al-An’aam: 165)

Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah.

Allah S.W.T telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.

Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.Ibnu Taimiah pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan kasihi oleh Allah swt.Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan kepada-Nya.

Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.

Firman Allah swt. maksudnya:

                 

“Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu contoh yang paling baik”. (al-Ahzab: 21)

Sesetengah ulama mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah hendaklah disertai dengan perasaan cinta serta takut kepada Allah swt. dan hati yang sihat dan sejahtera tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok dari kemanisan iman yang lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt. Dengan ini maka akan bertautlah hatinya kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap setiap perintah serta mengharapkan supaya Allah menerima amalan yang dikerjakan dan merasa bimbang serta takut kalau-kalau amalan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah seperti yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Ia itu) Orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat”. (Qaf: 33)

Orang yang memperhambakan dirinya (beribadah) kepada Allah mereka akan sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Tuhannya, sama ada dalam perkara yang ia suka atau yang ia tidak suka dan mereka mencintai dan mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari yang lain-lainnya. Mereka mengasihi makhluk yang lain hanyalah kerana Allah semata-mata, tidak kerana yang lain Kasihkan kepada Rasulullah saw. pula kerana ia membawa Risalah Islam, cintakan kepada Rasulullah saw. hendaklah mengikuti sunahnya sebagaimana firman Allah S.W.T maksudnya:


“Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutilah aku (pengajaranku) nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa- dosa kamu”. (Al-Imran: 31)

Dan andainya kecintaan kamu kepada selain Allah dan Rasul-Nya itu mengatasi dan melebihi dari kencintaan dan kasih kepada yang lain; Allah akan turunkan keseksaan-Nya kepada manusia yang telah meyimpang dari ketentuan-Nya. Firman Allah S.W.T maksudnya:


“Katakanlah (Muhammad) jika ibu bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, suami isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumahtangga yang kamu sukai itu lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad untuk agama Allah, maka tunggulah (kesiksaan yang akan didatangkan) oleh Allah. Dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang fasik”. (At-Taubah: 24)

Sebagaimana yang dijelaskan di atas nyatalah ibadah itu itu bukanlah sesempit apa yang difahami oleh sebahagian dari kalangan manusia yang tidak dapat memahami kesempurnaan Islam itu sendiri di mana pada anggapan mereka Islam itu hanya suatu perbicaraan pasal akhirat (mati) dan melakukan beberapa jenis ibadah persendirian tidak lebih dari itu. Begitu juga bila disebut ibadah apa yang tergambar hanyalah masjid, tikar sembahyang, puasa, surau, tahlil, membaca al-Quran, doa, zikir dan sebagainya iaitu kefahaman sempit disekitar ibadah-ibadah khusus dan ritual sahaja tidak lebih dari itu. Kefahaman seperti ini adalah akibat dari serangan fahaman Sekular yang telah berakar umbi ke dalam jiwa sebahagian dari kalangan orang-orang Islam.

Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.

Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan yang mempunyai paduan yang erat dalam semua lapangan hidup dunia dan akhirat, tidak ada pemisahan antara kerja-kerja mencari kehidupan di muka bumi ini dan hubungannya dengan balasan akhirat. Islam mengajarkan kepada kita setiap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan sama ada pahala atau siksa. Inilah keindahan Islam yang disebut sebagai ad-Din yang lengkap sebagai suatu sistem hidup yang boleh memberi kesejahteraan hidup penganutnya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak bercanggah dengan syarak jika sekiranya ia memenuhi syarat-syaratnya, seperti dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia atau ingin mendapat pujian dan sanjungan dari manusia; maka amalan-amalan yang demikian akan mejadi ibadah yang diberi pahala di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak.

Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu orang sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain, memenuhi keperluannya, menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah ibadah.

Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah ibadah.

Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada sesama manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang, membaca al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari ibadah.

Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha’ dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang termasuk dalam bidang ibadah.

Kesimpulannya, ruang lingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.

Iman bukanlah sekadar suatu keyakinan dan pembenaran dalam hati terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. tetapi iman yang hakiki dan sebenar ialah merangkumi pembenaran dan keyakinan di dalam hati, pengucapan di lidah serta melaksanakan amalan dengan anggota badan iaitu melakukan amalan soleh, maka dengan ini dapatlah difahami iman itu bukanlah sekadar ucapan lidah dan keyakinan dalam hati sahaja tetapi amalan merupakan sebagai bukti kesempurnaan, keteguhan dan kemantapan iman seseorang.

Imam al-Ghazali menjelaskan dalam hubungan ini dengan katanya:

“Iman itu ialah akidah, perkataan dan perbuatan”.

Dengan makna akidah itu sebagai membenarkan dan mepercayai dengan hati kepada segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. (perkara yang mudah (dharuri) dari agama). Perkataan adalah sebagai ikrar dan pengakuan dengan lisan dan perbuatan adalah sebagai beramal melaksanakan segala perintah Allah dengan anggota (badan yang lahir).

Hadis Rasulullah saw. menguatkan adanya hubungan yang sangat erat di antara iman dan amal. dengan sabdanya sebagai berikut: Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:

“Iman itu lebih dari enam puluh cabang; yang paling tingginya La-Ilaaha-Illallaah dan dan yang paling rendahnya membuang sampah dari tengah jalan”. (H.R.Bukhari)

Hadis ini menyatakan dengan jelas perbuatan membuang sampah sebagai sebahagian dari iman. Ini bermkna iman itu jelas bukan sekadar keyakinan dan kepercayaan dalam hati tetapi ia juga merangkumi amal atau perbuatan manusia.

Untuk memudahkan perbahasan dan perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian iaitu Ibadah khusus dan Ibadah Umum.Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji.Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syaratnya iaitu amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam,amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya. Selain itu,amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T tidak riak, ujub dan um’ah. Amalan itu juga hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya dan ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti sembahyang dan sebagainya.

Firman Allah swt. maksudnya:

“Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”. (An-Nur: 37)

Jika dilihat dari syarat-syarat di atas, nampaklah kepada kita bahawa sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang begitu sukar sekali untuk mencapai kesempurnaan dalam makna ibadah dengan ertikata yang sebenar-benarnya mengikut syarat-syarat dan ketentuan tersebut di atas, oleh itu kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita supaya dapat mencapai matlamat ibadah yang sempurna dengan menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

Dan kita hendaklah sentiasa meneliti dan memperhatikan dengan sungguh-sungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri; dengan menyangka kita telah banyak melaksanakan amal ibadah dengan sempurna tetapi pada hakikatnya tidak demikian, kita takut akan tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu dan sia-sia amalan kita dan apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah. Ini kerana kita melakukan amalan dan kerja-kerja kebajikan itu tidak menepati dan tidak selari dengan ketentuan dan syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehandkki itu.

Dari itu disamping kita melaksanakan segala amalan zahir dengan sempurna mengikut petunjuk dari Rasulullah S.A.W apa yang lebih penting lagi ialah kita membetulkan amalan batin iaitu amalan hati supaya betul iaitu niat dengan ikhlas, amalan itu semata-mata kerana Allah tidak kerana yang lain dari-Nya. Dan kita juga hendaklah sentiasa menjaga keikhlasan hati kita ini dari penyakit-penyakit yang boleh merusakannya seperti riak, ujub, sum’ah, takabur dan sebagainya.
Kesimpulan secara mudah ialah seorang lelaki yang memakai pakaian untuk menutup aurat dari kain sutra, dan perempuan yang berpakaian meliputi badannya tetapi masih menampakan susuk badannya masih lagi tidak dinamakan ibadah, atau seorang menderma dengan tujuan supaya dipuji dan digelar sebagai dermawan atau seorang yang rajin bersembahyang dengan niat tujuan supaya digelar sebagai ahli ibadah oleh manusia, itu semua tidak termasuk dalam makna ibadah yang diterima oleh Allah S.W.T.

Dengan demikian jelaslah kepada kita segala amalan yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas itu tidak dikira sebagai ibadah. Niat dan tujuan serta matlamat adalah sangat penting dalam sesuatu amalan di samping amalan tersebut tidak bercanggah serta diakui sah oleh syariat Islam.
Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini tidak lain melainkan untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah Yang Maha Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.

Dan di sini timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah matlamat ibadah itu ? Apakah ada faedah untuk-Nya atau apa faedah yang boleh didapati oleh seseorang hamba yang menyembah-Nya ?

Jawapannya ialah bahawa Allah S.W.T Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mendapat sebarang faedah dari ketaatan orang yang menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat sedikitpun dari keengganan orang yang menentang dan engkar kepada perintah-Nya.

Begitu juga tidak menambahkan kuasa keagungan pemerintahan-Nya oleh puji-pujian orang yang memuji-Nya dan tidak mengurangi keagungan kekuasaan-Nya oleh keengkaran orang-orang yang mengengkari perintah-Nya.

Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada di alam ini menjadi milik-Nya belaka sedangkan kita manusia adalah satu dari makhluk Allah yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin, serba kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya.

Allah, Dialah Tuhan Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Penyayang serta bersifat Maha Memberi kepada semua makhuk-Nya dan Dia tidak menyuruh kita mengerjakan sesuatu melainkan perkara itu mendatangkan kebaikan bagi makhluk itu sendiri.
Firman Allah swt. maksudnya:


“Sesungguhnya Kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia bersyukur dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungghnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji”. (Luqman: 12)

Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt. kepada kita semua yang mana sekiranya kita hendak menghitugnya sudah tentu kita tidak mampu untuk berbuat demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada kita semua sebagai makhluk-Nya.

Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi’in dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah S.W.T ini semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. Begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Firman Allah S.W.T maksudnya:

“Demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan maka hendaklah engkau bertasbih memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan orang-orang yang sujud beribadah dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepadamu perkara yang tetap (iaitu mati)”. (al-Hijr: 97-99)

Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt. maksudnya:

“Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat”. (an-Nasr: 1-3)

Pada hakikatnya pengabdian terhadap Allah S.W.T merupakan suatu kebebasan yang hakiki, jalan bagi mencapai kepada ketuannan yang sejati, kerana Allahlah yang boleh membebaskan hati nurani manusia dari perhambaan kepada sebarang makhluk dan memerdekakannya dari perhambaan dan kehinaan serta tunduk kepada yang lain dari Allah seperti tunduk kepada Tuhan-Tuhan palsu, berhala, manusia yang selalunya memperhamba dan mengongkong keyakinan manusia dengan sekuat-kuatnya miskipun pada lahirnya mereka bertindak seperti tuan yang bebas dan merdeka.

Perhambaan diri kepada Allah itu membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kerana dalam hati manusia ada keperluan sejati kepada Allah, kepada Tuhan yang disembah yang mana dia bergantung kepadanya dan berusaha serta bekerja untuk mencapai keredaan-Nya. Jika yang disembah itu bukan Allah Yang Maha Esa tentulah manusia akan meraba-raba meyembah bermacam-macam Tuhan dari setiap objek benda dan khayalan yang ada dalam pemikiran dan yang berada di sekeliling mereka.

Tidak ada sesuatu pekerjaan yang paling mulia bagi manusia yang berakal selain dari beribadah menyembah Allah yang menciptanya dan menjadikan dirinya dengan sebaik-baiknya dan perkerjaan yang seburuk-buruknya kepada seorang manusia itu pula ialah menafi dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka menyembah dan mengabdikan diri mereka kepada Tuhan yang lain dari Allah S.W.T.

Seorang hamba abdi yang taat kepada tuannya tentulah akan merasa senang dan gembira kerana ia tahu apa yang disukai oleh tuannya lalu disempurnakannya suruhan itu dengan segala senang hati dan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Manakala seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan selalu bertelingkah antara sesama mereka; yang satu menyuruh hamba itu melakukan sesuatu yang ditegah oleh yang lain, maka alangkah susah dan deritanya hamba tersebut itu untuk melakukan perintah-perintah Tuhan yang saling bertentangan perintahnya antara satu Tuhan dengan Tuhan yang lain.

Kalau orang yang menyembah selain dari Allah menjadi musyrik (kafir di- sebabkan ia melakukan perbuatan syirik), maka begitulah juga orang yang takabur menjadi musyrik (orang syirik), sebagaimana Firaun kerana kesombongan dan takaburnya, sebagaimana firman Allah S.W,T yang maksudnya:


“Nabi Musa as. berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhan kamu daripada perbuatan orang yang takabur yang tidak percaya hari Perhitungan”, demikianlah Allah meterikan setiap hati orang yang takabur lagi bermaharajalela”. (al-A’raf: 27)

Kajian menunjukan bahawa semakin besar keangkuhan seseorang yang enggan tunduk dan patuh beribadah (mengabdi diri) kepada Allah, semakin besar kesyirikannya dengan Allah, Kerana menurut kebiasaannya semakin banyak takabur tidak mahu menyembah Allah semakin bertambahlah pergantungan manusia itu terhadap makhluk yang dicintainya yang menjadi pujaan utama bagi hatinya; yang demikian mereka akan menjadi musyrik dengan sebab menjadikan dirinya hamba (menyembah) kepada selain dari Allah swt.

Hati atau keyakinan manusia tidak akan terlepas dari perhambaan kepada makhluk kecuali mereka menjadikan Allah sebagai Tuhannya yang sebenar dan sejati, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, tiada tempat bergantung dan meminta pertolongan melainkan dari-Nya, Tidak merasa gembira melainkan dengan apa yang disukai dan diredai-Nya, Tidak ia benci melainkan apa yang dibenci oleh Allah, tidak ia memusuhi kecuali orang yang Allah memusuhinya, tidak ia kasih melainkan kepada orang yang di kasihi oleh Allah, tidak ia memberi kecuali kerana Allah dan tidak ia melarang kecuali kerana Allah.

Semakin tulus keikhlasan seseorang itu kepada Allah maka semakin sempurnalah ubudiyahnya (perhambaanya) kepada Allah dan terlepas dari pergantungannya kepada sesama makhluk, dengan sempurna ubudiyahnya kepada Allah maka sempurnalah kesuciannya dari sifat syirik.

Sama sekali tidak sesuai dengan tujuan Islam yang suci di mana tujuan atau kepentingan dunia menjadi matlamat dalam amalan atau ibadah seseorang, ataupun kepentingan dunia atau faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk melakukan printah ibadah kepada Allah swt.
Begitu juga kalau tujuan beramal dan beribadah kepada Allah swt. untuk mendapatkan kesucian jiwa dan dengan itu dapat mengembara ke alam arwah dan dapat melihat malaikat serta dapat melakukan sesuatu yang luar biasa, mendapat keramat (kemuliaan) dan ilmu ladunni.

Semuanya ini disangkal oleh para ulamak dengan katanya: “Yang demikian adalah terkeluar daripada jalan ibadah, Ia merupakan ramalan kepada ilmu atau perkara ghaib, malah akan menjadi ibadah kepada Allah itu sebagai jalan menuju ke arah demikian yang mana pada akhirnya lebih hampir kepada meninggal ibadah.”Orang-orang yang beribadah dengan maksud yang demikian termasuk di bawah pengertian ayat al-Quran yang maksudnya:


“Sebahagian daripada manusia yang menyembah Allah secara tidak tetap, bila mendapat kebaikan dia teruskan dan bila terkena kesusahan dia berpaling tadah. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata”. (al-Hajj: 11)

Begitulah keadaan orang yang beribadah dengan tujuan mendapatkan faedah-faedah duniawi jika sampai dan berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan kuatlah tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya tidak berhasil dia meninggalkan ibadah itu.

Konklusinya, Sebagaimana yang telah kita faham sebelum ini ruang lingkup ibadah itu adalah terlalu luas sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup manusia itu sendiri yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan murni itu, oleh itu bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari adab-adab masuk ke tandas mengerjakan qadha’ hajat hinggalah sampai kepada bagaimana cara mengurus kewangan dan mentadbir negara.

Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya, menghindarkan diri dari perasaan riak, ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah.

Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.


RUMUSAN

Ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa terlalu banyak kesan yang saya alami dan rasakan semasa menjalankan tugasan ini. Antara kesan yang saya perolehi setelah menyiapkan tugasan ini ialah, saya mula mengetahui hukum-hukum tajwid yang terdapat dala surah Al-Fatihah dengan lebih luas dan mendalam serta mantap. Saya dapat membuat analisis mengenai tajwid yang terkandung dalam surah Al-Fatihah dengan lebih baik dan lengkap bagi setiap ayat yang terkandung dalam surah tersebut.

Melalui perbincangan ini juga, saya telah mengetahui kelebihan mengamalkan surah Al-fatihah dalam kehidupan seharian seorang muslim dan pengetahuan ini telah memberikan kesan yang mendalam terhadap pembangunan diri saya. Selain itu, saya juga mula mengetahui konsep akidah dan ibadah dalam Islam. Oleh hal yang demikian, saya mula sedar akan kepentingan akidah dan juga ibadat bagi menilai tahap keimanan seseorang. Saya juga berazam untuk memperkukuhkan akidah serta melaksanakan ibadat yang diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada saya dengan sebaik mungkin.

Setiap perbincangan dalam tugasan ini juga telah membuatkan saya sentiasa merenung bahawa betapa kerdilnya saya di dunia ini sekiranya tidak mempunyai iman yang kukuh. Saya juga mula mengetahui betapa pentingnya peranan syahadah di dalam kehidupan seharian seseorang muslim. Saya mula menyedari bahawa syahadah adalah syarat utama bagi seseorang untuk memeluk islam dan saya mula mengamalkan kalimah syahadah dalam kehidupan seharian saya.

Saya juga mendapati bahawa isu-isu yang dibincangkan dalam tugasan ini adalah sangat sesuai diamalkan dalam kehidupan masyarakat muslim di Negara kita seiring dengan keperluan modal insan Negara kita. Masyarakat di Negara kita perlu sedar mengenai kepentingan akidah, ibadat dan syahadah dalam kehidupan mereka sekiranya mahu agama Islam di Negara kita terus berkekalan sehingga ke hari kiamat. Sekiranya setiap individu dalam masyarakat kita mengamalkan setiap ilmu yang dianjurkan oleh agama Islam, nescaya bumi Malaysia akan menjadi sebuah Negara islam yang kuat dan digeruni oleh Negara-negara bukan islam yang lain.

Konklusinya, saya menyedari bahawa setiap isu yang terkandung dalam tugasan ini dapat memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap setiap muslim termasuk diri saya sendiri bagi beribadah kepada Allah. Oleh itu, saya berharap agar sertiap individu muslim termasuk saya sendiri akan melakukan anjakan paradigm bagi terus mengkaji ilmu-ilmu yang terkandung dalam Al-Quran dan ilmu yang dianjurkan oleh islam. Semoga setiap ibadah yang kita lakukan kerana Allah akan mendapat balasan yang baik daripada-Nya di akhirat kelak. Insya Allah.


BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd Salleh,Mohd Faridz Hafidz Ahmad.2008.Islam Agama Rabbani.
Shah Alam : Oxford Fajar

Haji Said b. Haji Ibrahim.1996.Aqidah Ahli Sunnah Wal jama’ah.
Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah

Mahadi Dahlan al-Hafiz.2004.Tajwid Ilmi dan Amali.Kuala Lumpur :
Pustaka Haji Abdul Majid

Prof. Yusof Al-Qardhawi.1984.Ibadah Dalam Islam.Kuala Lumpur :
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Said Ahmad.2000.Terjemahan Kitab Bimbingan Mukminin.
Singapura:Pustaka Nasional

Internet, http://www.islam.gov.my/e-rujukan/akidah.html








P/S: ESAIMEN NI HAKCIPTA TERPELIHARA. DILARANG COPY AND PASTE BULAT-BULAT. BLOG INI SEKADAR UNTUK RUJUKAN BERSAMA. SEKIAN









0 comments:

Post a Comment