topbella

Sunday, October 24, 2010

PPISMP SEM 1- PENGAJIAN ISLAM ( AKHLAK )




MUKADDIMAH

Alhamdulillah. Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keredhaan-Nya akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada kami ini. Sesungguhnya tugasan ini memberikan makna yang amat besar kepada kami sebagai bakal pendidik.
            Terlebih dahulu kami ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Ustaz Paharudin Bin Arbain  dan rakan sekelas kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang banyak kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada anda semua kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami sepanjang kelas dan kuliah yang kita adakan selama ini.
            Seterusnya, kami ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ayah dan bonda tercinta serta ahli keluarga yang tersayang kerana tidak putus-putus memberikan sokongan dan galakan serta kata-kata perangsang kepada kami ketika menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya sokongan daripada anda semua adalah pembakar semangat kepada diri kami untuk lebih berusaha gigih bagi menyiapkan tugasan ini dengan lebih baik.
            Terima kasih juga kami ucapkan kepada para senior yang turut memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman yang telah mereka perolehi kepada kami. Sesungguhnya unjuk ajar berdasarkan pengalaman kalian itu sangat berguna kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan lebih teratur dan kemas.
            Akhirulkalam, kami ingin memohon beribu kemaafan seandainya terdapat sebarang kecatatan atau kelemahan dan kekurangan pada tugasan yang kami buat ini. Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu kepada kami pada masa akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu juga datangnya daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan atas kelemahan diri kami sendiri. Sekian sahaja ucapan kami buat masa ini. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


PENDAHULUAN

Pada era globalisasi, keadaan semasa dan masa depan semakin tidak menentu. Begitu pun, bangsa Melayu perlu terus berusaha membangun kekuatan diri dan masyarakat secara proaktif melalui kekuatan keimanan, akhlak, keilmuan dan kepakaran.

Semua kekuatan ini memerlukan satu sistem dan budaya hidup masyarakat yang dinamik berasaskan akhlak luhur kemanusiaan yang berasaskan agama Islam. Bahkan, Islam dan Melayu adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

Kegagalan masyarakat silam dan semasa dalam membangunkan sebuah peradaban manusia yang utuh disebabkan kegagalan mereka membina masyarakat berasaskan gagasan asas itu. Hasilnya, semua aspek pembangunan termasuk kekuatan ekonomi turut menerima kesan yang menghalang kemajuan secara berterusan.

Bangsa Melayu perlu memiliki pandangan hidup komprehensif berkaitan Islam itu sendiri. Pengamatan sedemikian akan mewujudkan bangsa berwawasan semoga dapat berperanan secara relevan dan progresif.

Islam hendaklah difahami dan diyakini sebagai sistem penyusunan umat manusia dalam membina sebuah peradaban mulia dan tinggi bersesuaian dengan sifatnya yang menepati nilai kemanusiaan sejagat.

Islam perlu dihayati bukan sebagai reaksi kepada kemusnahan peradaban semasa, bahkan pada awal lagi ia diutuskan untuk memberi rahmat kepada keseluruhan umat manusia termasuk bukan Islam.

Prinsip Islam berkaitan pembangunan masyarakat adalah bersesuaian dengan kehendak kemanusiaan walaupun wujud perubahan cara hidup dan ruang tempat yang berbeza.

Keimanan mutlak hanya kepada Allah membentuk satu pandangan hidup yang menyeluruh berasaskan semangat tauhid. Ia memberi arah tuju dan ‘sense of mission’ kepada bangsa Melayu dalam membina personaliti diri dan menyusun sistem bermasyarakat sesuai dengan fitrah kemanusiaan untuk terus maju dalam semua aspek kehidupan.

Kekuatan ini akan mengurangkan individu yang berjaya daripada menjadi alpa dan angkuh, seterusnya hilang pedoman hidup. Kegagalan menghayati fitrah kemanusiaan dalam membina diri dan menyusun sistem bermasyarakat adalah sebab utama wujudnya kepincangan dalam sesebuah masyarakat yang memperoleh kejayaan.

Fenomena ini seterusnya melemahkan daya juang masyarakat ke arah memajukan negara.

Untuk menjana kekuatan bangsa Melayu, Islam memberi keutamaan yang besar kepada pembinaan keutuhan akhlak di kalangan semua lapisan bangsa Melayu. Akhlak Melayu yang tinggi akan menjadi asas kepada perjuangan dan cita-cita hidup setiap individu Melayu ke arah menjayakan idealisme Islam. Ia melahirkan keikhlasan dan ikatan emosi seseorang kepada perjuangan untuk memaju kekuatan bangsa Melayu.

Akhlak tidak boleh difahami sebagai perilaku individu yang jujur dan lurus semata-mata. Ia harus dilihat dalam rangka menyeluruh yang membabitkan perjuangan ke arah mendaulatkan penghayatan nilai kebenaran dalam semua aspek kegiatan kehidupan. Ia turut meliputi usaha dan peningkatan ibadat untuk menyuci niat dan sikap. Begitu juga memiliki sifat ihsan kepada saudara manusia yang lain dalam menjalani urusan hidup.

Kemuncak kepada nilai akhlak ialah terlaksananya penghayatan kepada semangat keadilan yang dapat dipupuk dalam semua aspek penyusunan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Rata-rata orang Melayu memahami dan masih menganggap memiliki akhlak mulia akan membentuk seseorang menjadi lurus dan jujur dalam menerajui hidup dan pekerjaannya dengan tidak banyak menimbulkan keburukan kepada masyarakat.

Kefahaman sedemikian menganjurkan kepada individu semoga membina perilakunya saja dan tidak ingin berperanan dalam membaiki serta membangun kekuatan masyarakat. Sebagai insan bersifat individu sosial, sikap sedemikian tidak menepati peranan seorang Islam yang positif.

Bangsa Melayu perlu berkecimpung dalam urusan masyarakat dengan semangat untuk membina. Seterusnya, memaju bangsa sehingga mampu berperanan besar kepada peradaban negara.

Pada masa ini, rata-rata akan bersetuju bahawa akhlak masyarakat Melayu khususnya di Malaysia perlu ditingkatkan ke arah perubahan positif demi memajukan ummah. Amalan rasuah, menipu, menindas, memfitnah dan memiliki beberapa sifat yang hina, perlu dikikis dan dihapuskan.

Sifat itu penghalang kepada semua bentuk kemajuan termasuk dalam pembangunan negara.

Di samping itu, arus pemikiran kebendaan yang begitu ketara melanda cara hidup masyarakat Melayu perlu kepada maklum balas yang tepat. Pada masa ini, kita perlu dibimbing, semoga kejayaan ekonomi sesetengah golongan membawa kepada sumbangan yang membangun kepada kebajikan masyarakat dan bukan ke arah memusnahkan sifat kemuliaan kemanusiaan bermasyarakat.

Perpaduan masyarakat akan rapuh jika golongan kaya melupakan tanggungjawab sosial yang jelas dituntut Islam. Prinsip ‘keuntungan perniagaan melalui tanggungjawab sosial’ perlu dihayati oleh golongan korporat Melayu. Ia sangat menepati dengan semangat akhlak Islam.

Golongan korporat Melayu berjaya perlu berperanan positif untuk meningkat kualiti hidup umat Islam keseluruhannya.

Akhlak Islam mendidik umatnya supaya dalam menguasai harta, dia harus menganggap harta hanya sebagai amanah kurniaan Allah. Justeru, harta yang dimiliki perlu dibelanja dan dilabur demi mendapat keredaan Ilahi. Ia tidak seharusnya menjadi matlamat muktamad dalam kehidupannya.

Perspektif ini yang membezakan di antara akhlak Islam dengan sekular. Islam menganjur hak pemilikan disepadukan dengan tanggungjawab keagamaan kepada kebajikan masyarakat.

Bangsa Melayu yang berakhlak tidak patut membisu terhadap amalan masyarakat yang bercanggah dengan nilai Islam. Mereka perlu menangani persoalan itu dengan menyertai usaha membina masyarakat dan bukan menjauhkan diri daripada membaiki keruntuhan masyarakat.

Gelanggang jihad termasuk berusaha membina akhlak bangsa Melayu. Melalui kemantapan akhlak bangsa Melayu, peranan negara akan menjadi lebih berkesan dalam era globalisasi.



DEFINISI  MASYARAKAT

Masyarakat  adalah sekelompok orang yang membentuk sebuah siatem semi tertutup (atau semi terbuka), dimana sebahagian besar interaksi adalah antara individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Perkataan "masyarakat" sendiri berakar dari kata dalam bahasa Arab yaitu musyarak. Lebih abstraknya, sebuah masyarakat adalah suatu jaringan hubungan-hubungan antara makhluk sesame makhluk. Masyarakat adalah sebuah komuniti yang interdependen (saling tergantung satu sama lain). Umumnya, istilah masyarakat digunakan untuk mengacu sekelompok orang yang hidup bersama dalam satu komuniti yang teratur.

Menurut Syaikh Taqyuddin An-Nabhani, sekelompok manusia dapat dikatakan sebagai sebuah masyarakat apabila memiliki pemikiran, perasaan, serta sistem/aturan yang sama. Dengan kesamaan-kesamaan tersebut, manusia kemudian berinteraksi sesama mereka berdasarkan kemaslahatan.

Masyarakat sering diorganisasikan berdasarkan cara utamanya dalam bermata pencarian. Pakar ilmu sosial mengidentifikasikan bahawa wujudnya: masyarakat pemburu, masyarakat pastoral nomadis, masyarakat bercucuk tanam, dan masyarakat agrikultural intensif, yang juga disebut masyarakat peradaban. Sebagian pakar menganggap masyarakat industri dan pasca-industri sebagai kelompok masyarakat yang terpisah dari masyarakat agrikultural tradisional.

Masyarakat dapat pula diorganisasikan berdasarkan struktur politiknya: berdasarkan urutan kompleks dan besar, terdapat masyarakat band, suku, chiefdom, dan masyarakat negara.

Kata society berasal dari bahasa latin, societas, yang berarti hubungan persahabatan dengan yang lain. Societas diturunkan dari kata socius yang berarti teman, sehingga arti society berhubungan erat dengan kata sosial. Secara terperincinya, kata society mengandungi makna bahawa setiap anggotanya mempunyai perhatian dan kepentingan yang sama dalam mencapai tujuan bersama.


DALIL DAN HADIS MENGENAI ADAB TERHADAP MASYARAKAT

Berbuat baik kepada masyarakat juga menjadi perhatian serius dalam ajaran Islam. Perhatikan firman Allah Taala:
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
“…Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,.” (An-Nisa:36)


Nabi SAW dalam beberapa hadis mengingatkan kita agar selalu berbuat baik kepada tetangga, di antaranya adalah:


Ibnu Umar dan Aisyah ra berkata keduanya, “Jibril selalu menasihatiku untuk berlaku dermawan terhadap para tetangga, hingga rasanya aku ingin memasukkan tetangga-tetangga tersebut ke dalam kelompok ahli waris seorang muslim”. (H.R. Bukhari-Muslim)


Abu Dzarr ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Hai Abu Dzarr jika engkau memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya, dan perhatikan (bagilah) tetanggamu (H.R. Muslim)


Abu Hurairah berkata bahwa Nabi SAW bersabda, “Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Ditanya: Siapa ya Rasulullah? Jawab Nabi, “Ialah orang yang tidak aman tetangganya dari gangguannya” (H.R. Bukhari-Muslim)


Abu Hurairah berkata bahwa Nabi SAW bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah memuliakan tetangganya. (H.R. Bukhari-Muslim)


Hak-hak kemasyarakatan tidak ditujukan bagi masyarakat kalangan muslim saja. Masyarakat yang muslim mempunyai hak tambahan lain yaitu sebagai saudara antara satu sama lain (ukhuwah Islamiyah). Tetapi dalam hubungan dengan hak-hak kemasyarakatan semuanya sejajar:


Berbuat baik dan memuliakan tetangga adalah cara yang terbaik bagi  mewujudkan kehidupan sosial yang harmoni. Apabila seluruh kaum muslimin menerapkan perintah Allah Taala dan Nabi SAW ini, sudah kerusuhan, perpecahan ataupun konflik di kampung-kampung dan di desa-desa tidak akan berlaku.



Wasiat Tentang Masyarakat
عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود وابن ماجه الترمذي
Dari Aisyah ra, dari Nabi Muhammad saw bersabda, “Tidak henti-hentinya Jibril memberikan wasiat kepadaku tentang tetangga sehingga aku menduga bahwa ia akan memberikan warisan kepadanya.” (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Imam Bukhari meriwayatkan juga hadits ini dari Jabir ra, dari Rasulullah saw dengan kalimat:
ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه يجعل له ميراثاً
Tidak henti-hentinya Jibril memberikan wasiat kepadaku tentang tetangga sehingga aku menyangka ia menjadikan warisan harta tertentu baginya.

At-Thabrani meriwayatkan dari Jabir ra dari Nabi Muhammad saw bersabda:
الجيران ثلاثة: جار له حق وهو المشرك: له حق الجوار، وجار له حقان وهو المسلم: له حق الجوار وحق الإسلام، وجار له ثلاثة حقوق: جار مسلم له رحم له حق الجوار والإسلام والرحم


Tetangga itu ada tiga macam: Tetangga yang hanya memiliki satu hak, yaitu orang musyrik, ia hanya memiliki hak tetangga. Tetangga yang memiliki dua hak, yaitu seorang muslim: ia memiliki hak tetangga dan hak Islam. Dan tetangga yang memiliki tiga hak, yaitu tetangga, muslim memiliki hubungan kerabat; ia memiliki hak tetangga, hak Islam dan hak silaturahim.
Aisyah ra, meriwayatkan tentang batasan tetangga, yaitu empat puluh rumah dari semua arah.
At-Thabrani meriwayatkan dengan sanad dhaif/lemah dari Ka’ab bin Malik ra, dari Nabi Muhammad saw:
ألا إن أَربَعينَ دَار جار


“Ingatlah bahwa empat puluh rumah itu adalah tetangga”


Pelaksanaan wasiat kepada tetangga ini adalah dengan berbuat baik semaksimal mungkin, sesuai kemampuan, seperti memberikan hadiah, memberi salam, berwajah lepas/cerah ketika berjumpa, mencari tahu jika tidak kelihatan, membantunya ketika memerlukan bantuan, mencegah berbagai macam gangguan, material maupun inmaterial, menghendaki kebaikannya, memberikan nasihat terbaik, mendoakannya semoga mendapatkan hidayah Allah, bermuamalah dengan santun, menutupi kekurangan dan kesalahannya dari orang lain, mencegahnya berbuat salah dengan sopan dan jika masih tidak Berjaya maka dengan cara menjauhinya dengan tujuan mendidik, disertai dengan mengkomunikasikan hal ini agar tidak melakukan kesalahan.


Hadis ini dengan tegas menunjukkan tentang besarnya hak masyarakat. Dan bahawa mengganggu masyarakat  termasuk di antara dosa besar.




Dosa Orang Yang Tetangga Atau Masyarakat Tidak Aman Dari Gangguannya


عَنْ أبي شُرَيْحٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قالَ: وَاللهِ لا يُؤْمِنُ وَاللهِ لا يُؤْمِنُ وَاللهِ لا يُؤْمِنُ. قِيْلَ: مَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ 
قالَ: الَّذِي لا يَأمَنُ جَارُهُ بَوَائِقُهُ. رواه البخاري


Dari Abu Syuraih ra, bahwa Nabi Muhammad saw bersabda, “Demi Allah seseorang tidak beriman, Demi Allah seseorang tidak beriman, Demi Allah seseorang tidak beriman.” Ada yang bertanya, “Siapa itu Ya Rasulullah?” Jawab Nabi, “Yaitu orang yang tetangganya tidak aman dari gangguannya.” (H.R. Bukhari)

قِيْلَمَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟


Dalam Fathul Bari, Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahwa dialah yang bertanya. Rasulullah saw menjawab:
الَّذِي لا يَأمَن جَارُهُ بَوَائِقُهُ


Dari hadis di atas dapat diambil pelajaran tentang pentingnya hak tetangga. Sehingga Rasulullah saw harus bersumpah tiga kali, menafikan iman orang yang mengganggu tetangganya, baik dengan ucapan maupun perbuatan.



Larangan Meremehkan Hadiah Dari Masyarakat

عن أبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ:
يَا نِسَاءَ المُسْلِمَاتِ لا تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ فِرْسَنَ شَاةٍ. رواه البخاري ومسلم


Dari Abu Haurairah ra berkata: Nabi Muhammad saw pernah bersabda: Wahai para wanita muslimah, janganlah ada seorang tetangga yag meremehkan hadiah tetangganya meskipun kikil (kaki) kambing. (H.R. Bukhari-Muslim)


Larangan bagi tetangga meremehkan hadiah tetangganya, meskipun hadiah itu pada umumnya kurang berguna, atau tidak berkenan dan tidak bernilai di hati. Dari itulah tetangga dapat memberikan dan menerima hadiah yang ada meskipun kecil nilainya. Hal ini lebih baik daripada tidak ada sama sekali. Dengan ini pula kebiasaan memberikan hadiah dapat terus berlangsung antara tetangga, karena dengan sesuatu yang murah dan mudah, dapat dilakukan dalam keadaan miskin maupun kaya, dapat membuahkan rasa cinta dan kasih sayang. Dengan ini pula tidak diperbolehkan bagi laki-laki meremehkan hadiah antara mereka. Penyebutan larangan secara khusus pada wanita kerana merekalah yang lebih cepat bereaksi dalam cinta dan benci, sehingga mereka lebih berhak mendapatkan perhatian, agar dapat menghindarkan diri dari larangan itu, menghilangkan kebenciaan antara mereka dan mempertahankan rasa cinta antar mereka.


Dari hadis ini dapat diambil pelajaran bahwa tidak diperbolehkan meremehkan hadiah untuk mempertahankan rasa cinta antara mereka.



Barang Siapa Beriman Kepada Allah Dan Hari Akhirat, Maka Janganlah Menyakiti Masyarakat sebagaimana hadis:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ جاره ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت. رواه البخاري ومسلم وابن ماجه


Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan menyakiti tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah menghormati tetamunya. Dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam.” (H.R. Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)


Hadis ini mengandungi tiga perkara penting yang menjadi kemuliaan akhlak dalam perbuatan atau perkataan. Perbuatan yang pertama itu adalah berisi takhalliy (pengosongan diri) dari sifat tercela, dan yang kedua ialah tahalliy (berhias diri) dengan akhlak mulia. Sedangkan yang ketiga berisi akhlaq qauliyah (ucapan).


Kesimpulannya bahawa kesempurnaan iman seseorang itu diukur dari kebaikannya kepada sesama makhluk Allah, baik dalam tutur kata kebaikan mahupun diam dari kalimat buruk, dan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dan meninggalkan apa yang membahayakan; antara lain adalah dengan tidak menyakiti tetangga.


Dari hadis ini dapat diambil pelajaran bahwa tidak menyakiti tetangga adalah bukti kesempurnaan iman seseorang kepada Allah dan hari akhir.

Hak Masyarakat yang lebih dekat
عن عائشة رضي الله عنها قالت: يا رسول الله إن لي جارين فإلى أيهما أُهدي؟ قال: إلى أقربهما منك باباً. رواه البخاري


Dari Aisyah r.a. ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki dua tetangga, kepada tetangga yang manakah aku berikan hadiah?” Jawab Nabi, “Kepada tetangga yang pintu rumahnya lebih dekat denganmu.” (H.R. Bukhari)


Rasulullah saw menjawab: إلى أقربهما منك باباً Kepada yang lebih dekat pintunya. Karena ia melihat keadaan tetangga dan keperluannya. Tetangga yang lebih dekat yang lebih cepat menyahut jika dipanggil, ketika tetangga sebelah memerlukan, terutama ketika terlena.


Dari hadis ini, kita dapat mengambil pengajaran bahawa hak masyarakat adalah mengikuti pendekatan silaturrahimnya, yang lebih rapat silaturrahim akan mendapat lebih ganjaran daripada Ilahi, demikian seterusnya.


Kesimpulannya, terdapat banyak hadis dan dalil yang menggesa kita selaku umat Islam untuk menghormati dan memuliakan masyarakat. Selaku muslim yang sejati, kita hendaklah mengikut ajaran itu dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.





Dengan atau tanpa dakwah, interaksi dengan masyarakat adalah suatu kepastian. Bagi seorang muslim, untuk menyebarkan rahmat Islam bagi semesta alam tentu akan dilakukan dengan berinteraksi sesama masyarakat lebih-lebih lagi dalam kaitannya dengan dakwah, kerana dakwah sendiri adalah berkaitan dengan masyarakat (mukholathah) dengan mukholtahoh yang ijabi (positif).

Berinteraksi dengan masyarakat ini dimulai dari yang terdekat dengan kita. Kita melihatnya dengan mizanud-da’wah. Sikap atau asas berinteraksi dengan masyarakat adalah al mu’amalah bilmitsli. Sedangkan sikap ta’amul dakwah adalah sebagaimana ayat:
عَامِلُوْا النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ أَنْ يُعَامِلُوْكَ بِهِ

 Antara cara yang paling sesuai untuk berinteraksi dengan masyarakat ialah:

  1. Berinteraksi Dengan Para Da’i Yang Lain (untuk para da'i)

Yang dimaksud dengan da’i di sini adalah para da’i yang tidak satu indhimam satu shaffi .
1.    Kita memiliki tujuan umum yang sama, yaitu : membela Islam dan memajukan ummat.

2.    Namun demikian, kita tetap menyedari adanya perbezaan dalam
                      khiththah dan uslub (cara kerja).

3.                        نَتَعَاوَنُ فِيْمَا اتَّفَقْنَا فِيْهِ، وَيُعْذِرُ بَعْضُنَا بَعْضًا فِيْمَا اخْتَلَفْنَا فِيْهِ

      (Menjalin kerja sama dalam hal-hal yang disepakati dan bersikap toleran dalam hal-hal yang ikhtilaf).

4.      Menyenangi ijma’ untuk mencapai al wihdah al fikriyyah dan tidak senang nyeleneh (syadz). Syadz berbeda dengan ghoriib (aneh, asing, tidak dikenal, atau lupa dikenal). Syadz artinya bertolak belakang dengan yang shahih. Sedangkan ghariib adalah sesuatu yang baik yang tidak atau belum dikenal oleh masyarakat banyak. Kerana inilah Rasulullah saw bersabda:

بَدَأَ اْلإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ، اَلَّذِيْنَ يُصْلِحُوْنَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ  . (الحديث)

Islam datang sebagai sesuatu yang ghariib (asing dan tidak dikenal) dan ia akan kembali asing sebagaimana saat datang pertama kalinya, maka beruntung sekali orang-orang yang ghariib itu, yaitu orang-orang yang meng-ishlah (memperbaiki) apa yang dirusak oleh orang lain. (Hadits).

5.      Toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dan membenci ta’ashshub (fanatisme).

6.      Khilaf itu silahkan dikaji secara ilmiyyah dalam suasana jernih dan ukhwah, dan jangan hanya berhenti sebatas apologetik (pembelaan diri) saja.


  1. Berinteraksi Dengan Tokoh Masyarakat

1.         Tempatkanlah mereka sesuai dengan kedudukannya.

اِنْزِلُوْا النَّاسَ مَنَازِلَهُمْ        .(الحديث)

Tempatkanlah manusia itu sesuai dengan kedudukannya (Al Hadits).
Lihatlah bagaimana sikap Rasulullah saw terhadap Abu Sufyan ra waktu fathu Makkah, beliau saw bersabda: “Siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, maka dia aman …”.

Dalam kejadian ini Rasulullah saw menjadikan rumah Abu Sufyan sebagai baitul qashiidi (rumah yang dituju), dan kedudukan Abu Sufyan tidak direbut, justru di-ta’ziz.

           2.        Hormatilah mereka di tengah-tengah para pengikutnya.

Sa’ad bin Mu’adz ketika diberikan kehormatan untuk mengambil keputusan hukum atas Bani Quraizhah, Rasulullah saw bersabda: Quumu ila sayyidikum.

3.      Sebutkan juga jasa-jasa mereka kepada Islam.

a.       Ketika pemilihan khalifah di Tsaqifah Bani Sa’idah, pidato Abu Bakar sangat bijak. Ia menyebut-nyebut nikmat Islam, jasa-jasa Anshar dan kebaikan-kebaikan Muhajirin. Dengan begitu, kaum Anshar ikut mendukung.

b.      Dalam sebuah munasabah (kesempatan) Hasan Al Banna juga pernah diminta untuk mengisi acara semacam tabligh. Namun sayangnya panitia kurang memiliki fiqhul mujtama’, sehingga terjadi konflik dengan ulama’ disekitar tempat acara. Setelah diceritakan oleh panitia mengenai konflik tersebut kepada Hasan Al Banna sebelum acara dimulai, maka Hasan Al Banna meminta ijin untuk mendatangi para ulama’ itu satu persatu untuk memohon ma’af kepada mereka. Setelah itu barulah beliau memulai ceramahnya. Dalam ceramahnya beliau menyebut-nyebut kebaikan dan jasa-jasa mereka terhadap Islam. Akhirnya para ulama’ itu mendatangi tempat di mana Hasan Al Banna berceramah.


4.      Menjalin hubungan dengan mereka dan mendo’akan mereka. Antara
          contoh yang dapat kita lihat ialah:

a.       Rasulullah saw menghubungi tokoh Thaif serta mendo’akan mereka.

b.      Umar At-Tilmisani ketika Anwar Sadat meninggal dunia, ia mengucapkan: “Inna Lillahi wa inna ilaihi Raji’un”. Ucapan ini membuat tercengang semua ikhwah yang mendengar, sebab Anwar Sadatlah yang menghukum dan menyiksa ikhwah termasuk syekh Umar.

5.      Memerhatikan kepentingan bersama

a.       Mulailah pembicaraan dari titik-titik persamaan, jangan dari titik yang berbeza.

b.      Hasan Al Banna dalam berdakwah memulai dari titik-titik yang sama, kemudian mendudukkan pendapat yang berbeza.

C.   Berinteraksi Dengan Tetangga

1.    Menjaga hak-hak tetangga.

2.    Tidak mengganggu mereka.


3.      Berbuat baik dan menghormatinya serta berbuat ihsan kepada mereka, minimal berwajah ceria di hadapan mereka dan ramah.

3.       Memperhatikan mereka dan memeriksa keadaan mereka. “Jika membuat
sayur, perbanyaklan airnya, dan perhatikan tetangga”.

4.      Mendengarkan mereka.

5.      Sabar. Ingat peristiwa Rasulullah saw dengan tetangganya yang Yahudi.

6.      Mendakwahi mereka dan mendo’akan mereka.


  1. Berinteraksi Dengan masyarakat bukan Islam

1.         Mu’amalah dengan yang setimpal.
2.         Tidak mengakui kekufuran mereka.
3.         Berbuat yang adil terhadap mereka dan menahan diri dari mengganggu
      mereka.
4.         Memandang mereka dengan rahmah basyariyyah.
5.         Menunjukkan kemuliaan akhlaq muslim dan izzah Islam.

Konklusinya, kita haruslah sentiasa berbuat baik terhadap setiap masyarakat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bahagia dan bebas daripada peperangan. Oleh itu, setiap individu haruslah melakukan anjakan paradigma bagi memastikan bahawa keharmonian dalam setiap masyarakat terjamin.


TUGAS MASYARAKAT ISLAM TERHADAP TATA KEHIDUPAN ISLAMI

           Sesungguhnya tugas masyarakat Islam di sini adalah memasyarakatkan adab-adab tersebut dan mendidik putera puterinya untuk memiliki dan memelihara cara kehidupan dan adab Islami. Selain itu, masyarakat Islam juga perlulah  mendidik murid-muridnya untuk berakhlak Islami dalam seluruh perlakuan dan bidang pendidikan, sejak kecil  hingga ke peringkat yang tinggi dan mendorong sifat  berakhlaq kepada ummat dengan segala apa yang ada dan dengan segala langkah atau cara yang mempunyai pengaruh yang luas seperti melalui majalah dan artikel, cerpen dan puisi, teater dan filem, buletin dan buku, majalah dan surat khabar, mutiara kata dan karikatur, dan masih banyak lagi. Masyarakat juga haruslah bekerja sama dengan yayasan atau lembaga lain yang ada, seperti masjid, gedung teater, sekolah, stesen televisyen, penerbit dan sebagainya. Masyarakat Tidak boleh membangun peralatan di satu sisi sahaja, sementara mengabaikan perlatan di sisi yang lain, sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair:

"Jika suatu hari bangunan itu telah sempurna, sementara kamu membangun sedangkan selain kamu merobohkannya."

"Jika ada seribu pembangun kemudian ada satu yang merosak maka sudah cukup, tetapi bagaimana jika yang membangun itu satu, sementara yang merusak ada seribu."

          Tambahan pula, masyarakat pada masa sekarang ini menggunakan ranjau, bukan lagi dengan kapak, dan ini benar-benar terjadi pada sikap mahupun moral secara keseluruhan.

          Kewajiban masyarakat Islam dewasa ini adalah membersihkan tatasusila kehidupan masyarakat dan tradisinya dari berbagai hal yang asing sehingga mempengaruhi tabiatnya yang seimbang dan adil. Perkara itu dipengaruhi oleh masa-masa jatuhnya pemikiran dan kemunduran peradaban Islam atau juga akibat serangan dengan munculnya peradaban Barat Moden dengan berbagai bidaah dan kemungkaran, baik di bidang cara pemakaian, perkakas rumah tangga, makanan, minuman, adat  pernikahan dan berbagai acara yang lain serta dalam pola hubungan antara kaum lelaki dan wanita dan lain-lain.

         Oleh kerana itu, kita mendapati masyarakat Islam sekarang ini terdiri dari dua golongan yang hidup dalam keadaan saling bertentangan. Kalau kita ambil contoh misalnya masalah usrah (kerumah tanggaan) maka akan kita dapatkan bahawa di sana ada orang yang tidak memperbolehkan bagi yang melamar anaknya untuk melihat, sekedar melihat, padahal itu bertentangan dengan hadis-hadts sahih. Bahkan di sebahagian Negara lain, si pelamar tidak diperbolehkan melihat isterinya setelah aqad secara sah, tetapi diperbolehkan pada malam pertama saja.

         Sebagai kesimpulan dari kejadian di atas, ada orang yang membiarkan anak gadisnya yang dilamar menjalin hubungan dengan laki-laki lain, atau keluar dengan orang yang melamarnya berduaan dengan berpegangan tangan dan keduanya pergi menuju tempat-tempat rekreasi atau gedung-gedung membeli-belah  di waktu siang atau malam hari, sehingga terjadilah perzinaan dan perkara yang diharamkan oleh syarak.

         Selain itu, ada juga suami yang meperlakukan isterinya, seakan-akani sepotong alat perkakas yang ada di rumah. Ia tidak mahu mengajaknya bermusyawarah dalam suatu hal, tidak mengakui kewujudannya dengan benar serta tidak menjaga perasaan isterinya.

        Sebaliknya, terdapat juga orang yang menyerahkan kepemimpinan rumah tangganya kepada isterinya, sehingga dia tidak memiliki keperibadian dan tidak mempunyai pengaruh dalam kepemimpinannya. Bahkan isterinya itulah yang memerintah dan melarangnya, yang mengatur dalam kewangannya, yang mengarahkan pendidikan anak-anaknya dan yang menentukan hubungan suaminya dengan ibu bapanya dan kerabatnya sendiri.

        Kemudian dalam masalah pewarisan ada orang yang mengharamkan anak perempuannya untuk mewarisi secara sah, padahal pewarisan itu merupakan ketentuan Allah SWT untuk mereka. Mereka memberikan warisan khusus kepada anak-anaknya yang laki-laki, dan dengan begitu bererti bahawa dia telah mengubah hukum dan ketetapan Allah SWT.

        Terdapat juga orang yang ingin menyamakan pembahagian waris antara anak laki-laki dan anak perempuan dan itu juga bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dalam kitab-Nya. Mereka lupa bahawa sesungguhnya syariat Islam telah membezakan antara keduanya dalam pembahagian, kerana Islam juga membezakan di antara keduanya dalam beban dan kewajiban terhadap masalah harta.

         Adalah wajib bagi masyarakat Islam untuk memelihara adab dan tradisi Islam, dengan segenap undang-undang dan aturannya. Mereka tidak boleh membiarkan anak gadisnya di perantauan bersama orang-orang yang boleh merosakkan tatasusila ummat dan ingin menghapuskan identiti keperibadiannya, menghancurkan tradisinya yang diambil dari wahyu Allah.

         Apabila masyarakat ini lebih cenderung kepada sikap main-main dalam tata kehidupannya dan menyerahkan pengurusan kehidupannya kepada orang-orang yang telah rosak, nescaya mereka akan segera terlepas dari risalah masyarakat Islam yang benar dan lurus.

          Bukanlah disebut masyarakat Islam yang benar sekiranya  masyarakat itu terpesong daripada tradisinya yang murni atau dari tata kehidupannya yang lurus, kemudian ia menerima tradisi dan tata kehidupan lain yang asing darinya, sehingga keperibadiannya menjadi terhakis atau terpesong dan identitinya sebagai muslim  lenyap, serta menjadi pengikut bagi musuh-musuh Allah, padahal Allah telah menjadikannya sebagai pemimpin dunia.

           Masyarakat Islam yang membiarkan laki-laki dan wanitanya berduaan tanpa diikat oleh hubungan pernikahan atau tanpa disertai muhrim mahupun kerabatnya dan  mencampur adukkan (ihktilath) antara pemuda dan pemudinya dengan alasan menjalinkan persahabatan dan hubungan yang erat, seperti yang terjadi di sekolah-sekolah dan universiti, di tempat-tempat rekreasi dan bumi perkemahan atau di dalam kendaraan umum.juga tidak dikira sebagai masyarakat Islam. Bukanlah juga masyarakat Islam itu masyarakat yang membiarkan kewujudan pusat-pusat yang penuh syubhah, seperti gedung-gedung membeli belah, dan pusat-pusat hiburan yang penuh maksiat, di mana kewujudannya boleh merosakkan akidah dan akhlak umat dan meniupkan udara beracun yang berada di dalamnya terdapat azab yang pedih.

          Kesimpulannya, masyarakat Islam yang sebenarnya adalah masyarakat yang menjaga adab-adab (tata kehidupan)-nya yang masih asli dan tradisinya yang kukuh sebagaimana memelihara (membela) tanah airnya dari penjajahan, memelihara kehormatannya agar tidak dirosakkan, menjaga kekayaannya agar tidak dirampas dan menjaga kemuliaannya agar tidak   direndahkan.


LANGKAH BAGI MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BAHAGIA

Beberapa langkah bagi mewujudkan masyarakat yang bahagia adalah:
1. Sering bertegur sapa, bertanyakan keadaan kesihatan mereka.
2. Berikanlah kepada mereka sebahagian makanan yang kita ada jika
    berlebihan.
3. Berikan 
buah tangan untuk mereka, apabila kita pulang dari merantau.
4. Bantulah mereka apabila sedang mengalami musibah.
5. Berikanlah anak-anak mereka sesuatu yang menyenangkan, berupa
    makanan ataupun mainan.
6. Sesekali undanglah mereka makan bersama di rumah.
7. Berikanlah hadiah kaset, buku bacaan yang mendorong mereka untuk
    lebih memahami Islam.
8. Ajaklah mereka sesekali ke dalam suatu acara pengajian atau majelis
    ta’lim, atau pergilah bersama memenuhi suatu undangan walimah
    (apabila mereka juga diundang)


LANGKAH MEMULIAKAN MASYARAKAT

Memuliakan masyarakat bererti menjaga dan menunaikan hak-hak mereka. Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam Tarbiyatul ‘aulad fil Islam menyebutkan bahwa hak-hak tersebut adalah:


1. Mengucapkan salam ketika bertemu.


Rasulullah saw. yaitu, “Kalian tidak akan masuk surga sebelum kalian beriman, dan kalian tidak akan beriman sebelum kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang apabila kalian kerjakan, niscaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian”. (H.R. Bukhari-Muslim)


2. Menjenguk Teman Ketika Sakit


Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari bahwa Rasulullah saw bersabda, “Jenguklah orang yang sakit; beri makanlah orang yang lapar dan lepaskanlah orang yang dipenjara”.


Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Hak seseorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada lima; Menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin”.

3. Mendoakan Ketika Bersin


Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Apabila salah seorang di antara kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), dan saudaranya atau temannya hendaknya mengucapkan untuknya, Yarhamukallah (semoga Allah mengasihimu)’ Apabila teman atau saudaranya tersebut mengatakan, Yarhamukallah (semoga Allah mengasihimu), kepadanya, maka hendaklah ia mengucapkan, Yahdikumullah wa yushlihu balakum.


4. Menziarahi kerana Allah


Ibnu Majah dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Barang siapa menjenguk orang sakit atau berziarah kepada seorang saudara di jalan Allah, maka ia akan diseru oleh seorang penyeru “Hendaklah engkau berbuat baik, dan baiklah perjalananmu, (karenanya) engkau akan menempati suatu tempat di surga”.


5. Menolong ketika kesempitan


Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lainnya, ia tidak boleh berbuat zalim kepadanya dan tidak boleh menyia-nyiakannya (membiarkan, tidak menolongnya). Barang siapa menolong kebutuhan saudaranya maka Allah akan menolong kebutuhannya, barang siapa menyingkirkan suatu kesusahan dari seorang muslim, niscaya Allah akan menyingkirkan darinya suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat”


6. Memenuhi undangannya apabila ia mengundang


Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra , bahwa Rasulullah saw. bersabda; Hak seseorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada lima; Menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin”


7. Memberikan ucapan selamat


Ad-Dailami meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, “Barang siapa bertemu saudaranya ketika bubar dari solat Jumaat, maka hendaklah ia mengucapkan “Semoga (Allah) menerima (amal dan doa) kami dan kamu.


8. Saling memberi hadiah


At-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Ausath dari Nabi saw, bahwa beliau bersabda, “Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian akan saling mencintai”


Ad-Dailami meriwayatkan dari Anas secara marfu’, “Hendaklah kalian saling memberi hadiah karena hal itu dapat mewariskan kecintaan dan menghilangkan kedengkian-kedengkian”


Imam Malik di dalam Al-Muwaththa’ meriwayatkan, “Saling bermaaf-maafkanlah, niscaya kedengkian akan hilang. Dan saling memberi hadiahlah kalian niscaya kalian akan saling mencintai dan hilanglah permusuhan.”


            Kesimpulannya, ajaran islam mewajibkan hambanya memuliakan setiap masyarakat tidak kira masyarakat Islam ataupun masyarakat bukan Islam.oleh itu, kita semua hendaklah mendalami ilmu agama bagi memastikan bahawa masyarakat kita tidak terlalu hanyut dibawa arus masa yang sering melalaikan seiring dengan kemajauan teknologi masa kini.


AKIBAT TIDAK BERAKHLAK DENGAN MASYARAKAT



Akhlak yang baik adalah salah satu langkah drastik yang paling sesuai diamalkan bagi membentuk masyarakat yang mulia. Sekiranya masyarakat Islam tidak berakhlak, pelbagai kesan buruk yang akan menimpa masyarakat tersebut. Antara implikasi yang akan menimpa ialah, masyarakat Islam akan dipandang rendah oleh masyarakat bukan Islam. Selain itu, masyarakat Islam juga akan menjadi semakin mundur dan lemah serta mudah ditindas oleh masyarakat bukan Islam. Hal ini akan mengakibatkan dakwah Islam tidak dapat berkembang luas dan tidak diterima oleh masyarakat bukan Islam. Antara kesan buruk lain yang bakal menimpa ialah, berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja Islam yang semakin membimbangkan. Gejala sosial di kalangan masyarakat juga akan mula meningkat dengan mendadak.


Masyarakat yang tidak berakhlak juga tidak akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T kerana Allah amat membenci kepada masyarakat yang tidak menjaga akhlaknya sebagaimana firman-Nya:
tûïÏ%©!$#ur tbqç7Ï^tGøgs uŽÈµ¯»t6x. ÄNøOM}$# |·Ïmºuqxÿø9$#ur #sŒÎ)ur $tB (#qç6ÅÒxî öNèd tbrãÏÿøótƒ ÇÌÐÈ     


37. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan Yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;


Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Allah hanya menyukai masyarakat yang sentiasa menjaga akhlaknya. Masyarakat yang tidak berakhlak juga biasanya hidup dalam keadaan yang tidak tenang dan sentiasa gelisah.


Sebagai kesimpulannya, setiap masyarakat haruslah sentiasa menjaga akhlak masing-masing agar mendapat keredhaan daripada Allah taala dan membina sebuah masyarakat yang beretika serta berakhlak. Sesungguhnya masyarakat yang berakhlak adalah masyarakat yang kuat serta dihormati oleh masyarakat lain.


AKHLAK YANG TERPUJI DAN TERCELA YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT

Sejajar dengan pawana globalisasi yang merentasi seluruh era di persada dunia, pelbagai kemajuan telah dapat dicapai oleh Negara kita. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat di Negara kita yang masih belum memahami konsep berakhlak dalam masyarakat. Terdapat akhlak yang terpuji dan juga akhlak yang tercela dalam masyarakat. Antara akhlak yang terpuji dalam masyarakat ialah, memilih teman bergaul dan sentiasa menyayanginya semata-mata kerana Allah dan rasulnya.

            Telah dikemukakan sebelumnya hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu secara mar’fu’ : “Seseorang itu sesuai agama teman dekatnya maka hendaknya salah seorang dari kalian melihat bersama siapakah dia berteman”

Maknanya : Bahwa seseorang itu sesuai kebiasaan temannya tingkah laku dan gaya hidupnya, maka hendaknya dia memperhatikan dan meneliti “Bersama siapakah dia berteman”. Barang siapa diredhai agama dan akhlaknya maka hendaknya dia berteman dengannya dan kalau tidak hendaknya dia menjauhinya, karena tabiat itu adalah sesuatu yang dicuri atau diambil dari orang lain, sebagaimana disebutkan didalam kitab ‘Aun Al-Ma’bud

            Kedudukan Persaudaraan yang paling agung adalah ketika hal itu karena Allah dan untuk Allah, tidak untuk mendapatkan kedudukan, atau mendapatkan manfaat yang segera atau yang akan datang, tidak karena mendapatkan materi, atau selainnya. Dan barang siapa kecintaannya kepada temannya karena Allah dan persaudaraannya karena Allah sungguh dia telah mencapai puncak tujuan, dan agar seseorang itu berhati-hati jangan sampai kecintaannya tersebut terselip kepentingan-kepentingan duniawi yang akan mengotori dan menyebabkan kerosakan persaudaraan.
             Akhlak yang terpuji seterusnya ialah, menampakkan senyuman, bersikap lembut dan kasih sayang kepada sesama saudara seiman. Hal yang paling sedikitnya apabila seorang menjumpai saudara lainnya adalah menjumpainya dengan wajah yang berseri-seri, mulut yang penuh senyum. Hal ini bagian dari perkara ma’ruf dan adab yang sepatutnya ditampakkan diantara seorang saudara dengan saudaranya yang lain, agar dia ramah dan senyum di wajahnya setiap kali dia bertemu atau melihat saudaranya yang lain.

Abu Dzar radhiallahu ‘anhu, beliau berkata : Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadaku : “Janganlah seseorang itu meremehkan perbuatan ma’ruf sedikitpun, walaupun dia menjumpai saudaranya dengan wajah yang berseri-seri”
Pada hadis riwayat Jabir radhiallahu ‘anhu, beliau berkata : “Setiap perbuatan ma’ruf adalah sedekah, dan sesungguhnya termasuk perbuatan ma’ruf adalah seseorang menjumpai saudaranya dengan wajah berseri-seri…..al-hadits”

               Kita juga disunnahkan memberi nasihat dan hal itu termasuk kesempurnaan persaudaraan . Nasihat adalah tuntutan syar’i yang dianjurkan oleh pembuat syariat. Dan merupakan bagian dari perkara-perkara yang menjadi sebab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam membai’at para sahabatnya.

Jarir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata “Saya membai’at Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar menegakkan solat, menunaikan zakat, memberi nasihat kepada setiap muslim”[17].

               Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam menyamakan tuntunan ini bersamaan dengan solat dan zakat yang mana keduanya bagian dari rukun islam, yang menunjukkan kepada kita akan besarnya kedudukan tuntunan saling menasihati tersebut dan nilainya yang luhur.
             Sifat yang tercela dalam masyarakat pula ialah, meninggalkan atau menindas masyarakat yang berada dalam keadaan yang bermasalah. Keadaan ini akan menyebabkan banyak masyarakat berpecah belah dan porak peranda. Hal ini akan menyebabkan pihak ketiga mengambil kesempatan untuk menjatuhkan masyarakat Islam.


             Selain itu, sikap masyarakat tercela ialah masyarakat yang suka menyebarkan fitnah. Masyarakat yang suka menyebarkan fitnah adalah masyarakat yang sangat dimurkai oleh Allah. Keadaan ini akan menyebabkan masyarakat tersebut menjadi lemah dam mudah tercetusnya peperangan dalam masyarakat. Ini akan mengakibatkan masyarakat itu hidup dalam keadaan yang tidak tenang dan sentiasa gelisah.


          Seterusnya, sikap masyarakat yang tercela ialah, masyarakat yang tidak mencegah kemungkaran. Masyarakat ini akan melahirkan sebuah masyarakat yang lemah dari segi agama dan juga etika. Hal ini akan menyebabkan gejala social dan kadar berlakunya jenayah semakin meningkat. Masyarakat ini juga akan sentiasa berada dalam keadaan tidak aman kerana mereka tidaj saling memperingati antara satu sama lain.


             Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan akhlak yang terpuji dalam masyarakat dan menjauhi akhlak yang tercela. Sesungguhnya Allah dan rasul sangat mencintai umatnya yang sentiasa berkelakuan baik dalam akhlaknya.


KESIMPULAN



            Penghayatan nilai-nilai mumi oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam Negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Pihak Kerajaan juga telah berusaha keras dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu, setiap kaum muslim perlulah menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran yang telah dianjurkan oleh agama Islam agar masyarakat islam akan dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam serta digeruni oleh musuh-musuh islam kerana Pujangga Arab pernah menyatakan: "Sesungguhnya umat yang berakhlak akan kekal, tetapi jika akhlak mereka hilang, maka hilanglah mereka." Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa baginda dididik oleh Allah subhanahu wa taala, maka Allah telah mendidiknya dengan amat cemerlang. Dengan pendidikan dari Allah itulah baginda lahir sebagai manusia terunggul dalam semua bidang kehidupannya, sebagai individu atau ketua, sebagai suami, bapa, pemimpin dan kedudukan lain lagi. Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama melakukan anjakan paradigma bagi mencari uslub yang sesuai bagi mempertahankan maruah masyarakat Islam di persada dunia.


BIBILIOGRAFI


2.       Dr. Yusuf Qardhawi. Januari 1997. Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an &
Sunnah(Malaamihu Al Mujtama' Al Muslim Alladzi Nasyuduh). Citra Islami Press
Oktober 2009
4.       http://www.hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/ciri4B.htm. Akses pada 2 Oktober 2009
Akses pada 2 Oktober 2009
Akses pada 2 Oktober 2009



P/S: ESAIMEN NI HAKCIPTA TERPELIHARA. DILARANG COPY AND PASTE BULAT-BULAT. BLOG INI SEKADAR UNTUK RUJUKAN BERSAMA. SEKIAN 

0 comments:

Post a Comment